Al-Fatihah

assalamualakum warah matullah hi wabarokatuh.. alhamdulilah, pandai pun aku bagi salam, haha selalunya main terjah jer.. takper la berubah k...


assalamualakum warah matullah hi wabarokatuh..

alhamdulilah, pandai pun aku bagi salam, haha selalunya main terjah jer..
takper la berubah ke arah kebaikan..

pertama sekali, hari ini, keluarga aku sebelah ayah ada datangkan berita yang sedih, iaitu nenek saudara bapa aku yang ada dekat negeri sembilan rembau telah kembali ke rahmatullah.. yang mana satu aku pun kurang pasti bukan tak kenal cuma tak kenal muka, bapa dengan mak aku bergegas balik ke negeri sembilan pagi-pagi lagi tadi... itulah, yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasa sakitnya mati, itu janji Allah pada setiap yang bernyawa, tiada satu pun yang terlepas. bila bercakap soal mati, kita akui, kita memang takut akan mati tapi tak ramai termasuk aku sendiri yang bersedia menghadapi mati, selagi boleh berseronok, selagi itulah mahu berseronok, selagi boleh berlibur, selagi itulah mahu berlibur. kadang kala sampai lupa lansung bahawa semakin hari umur semakin meningkat bermakna seruan kubur itu makin hampir.. Subhanallah! betapa lalainya hambamu ini Ya Allah..

bila bercakap soal mati juga, yang pasti mati itu tak kira muda atau tua.. baru-baru ini seorang anak jiran aku yang baru berumur 14 tahun telah kembali kerahmatullah juga. yang pasti juga setiap kematian pasti ada penyebabnya tidak kira lah apa jua sakit.. begitu juga dengan anak jiran aku itu, matinya kerana penyakit leukimia menurut ilmu kedoktoran tapi yang pasti sudah sampai masanya dijemput Allah. yang pasti juga, dari Allah kita datang dari Allah jua kita kembali..

-Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah-


You Might Also Like

0 Komen