KEM SUNGAI UDANG

Assalamualaikum.. Kembali semula, setelah 5 hari ke Melaka, atau lebih tepat lagi kem sungai Udang, Melaka Bandaraya Bersejarah.. Alham...

Assalamualaikum..

Kembali semula, setelah 5 hari ke Melaka, atau lebih tepat lagi kem sungai Udang, Melaka Bandaraya Bersejarah.. Alhamdulilah sekali lagi, kerana apa? Kerana Allah telah menggerakkan hati aku ini untuk mengikuti Kem yang sungguh bermakna buat aku.. jadi untuk kali ini, waktu ini, semestinya aku hendak bercerita panjang tentang apa yang berlaku sepanjang 5 hari 4 malam di kem sungai udang itu..

Hari pertama,

Secara jujurnya, aku memang tidak berapa sihat hari pergi ke Kem sungai Udang itu, kepala rasa pening badan rasa panas sejuk semacam jer, tapi aku pun tidak tahu mengapa kaki ini terus melangkah sedangkan hati berkata tidak payah lah nak pergi.. wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya menghantar 5 orang wakil sahaja, iaitu wakil yang paling sedikit sekali antara 5 buah negeri yang mengambil bahagian. Kem Interaktif emas, itulah nama program yang diberi. Hari pertama jer, aku sampai jer aku rasa macam nak balik terus, daripada environment dia aja aku macam dapat rasakan bahawa kem itu pasti tidak seronok, toleh kiri, toleh kanan aku tengok budak2 dia pun tak ramai yang involve, daripada 280 orang yang dijangka hadir hanya 67 orang sahaja yang betul-betul jadi pergi. Hari pertama berlalu dengan penuh kebosanan, dan tiada yang menarik sangat. Cuma belah malamnya, suhu badan aku menaik secara mendadak, menggigil aku dalam dewan, ubat dah tak bawa, redha je la malam pertama, untuk aku panaskan badan aku, dengan tidak melayan perasaan demam ini, aku volunteer untuk jadi SENTRY atau orang yang berkawal malam. Ikut shift dan shift aku pukul 12.00 tgh malam hingga 2 pagi.. jadinya 2 pagi barulah aku tidur..

Hari kedua :

Hari kedua, aku bangun dengan penuh semangat, walau apa pun yang terjadi aku harus menyemangatkan diri aku. Iya lar, namanya pun pergi ke Camping, kalau lesu jer, bukan anak jantan la kan, orang tengok muka kita pun jadi tak semangat sekali. Hari kedua, iya nampaknnya persekitaran sudah semakin hendak berubah kearah yang menyeronokkan. Ouh, sebelum itu, Penghulu telah dilantik, BOBO namanya, orangnya dari Selangor, comel-comel dan yang paling penting orangnya ceria dan amat menyeronokkan. Penghuluwati pula namanya Fatin Amirah Amir dari kolumpur, hurm, siapa lagi kalau bukan si Fifi.. aku siap gandingkan lagi dorang berdua.. haha. BOBO dan FIFIE, pasangan Shogun dan Shoguni yang ideal..

Hari kedua juga, pembentukan kumpulan di buat, aku dapat satu team yang unik, sebab apa aku cakap unik sebab kami satu kumpulan mempunyai banyak ragam, ada yang pasif dan ada yang aktif, namum begitu, akhirnya kami Berjaya jadi Johan kumpulan. Untuk 2 hari yang pertama aku jadi ketua kumpulan, biasalah sudah ada kumpulan mesti kena ada Cheer kumpulan, kena ada nama kumpulan, kena ada bendera kumpulan. Itu takde masalah, semua itu kami Berjaya selesaikan. Dan nama kumpulan kami adalah GARUDA. Haha, memang Garuda habislah.. hari kedua ini juga aku kami lebih banyak berinteraksi dengan yang lain, beramah mesra dan sebagainya. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah team building, iya satu hari itu kami penuhkan aktiviti dengan team building selain ceramah atau talk yang disampaikan oleh Pn Mariam, one of the penolong ketua pengarh KBS. Pn. Mariam adalah seorang yang paling sporting, dan penyampaiannya sangat berkesan aku suka! Aku seronok! Dia seolah-olah memberikan aku sebuah inspirasi untuk aku sempurnakan tahap anugerah emas ini dengan sesempurna yang mungkin. Bukan itu sahaja, rupanya untuk memenuhi tahap emas ini bukan sekadar memenuhi setiap komponen yang wajib dipenuhi tetapi ia lebih merangkumi kepada aspek menghayati setiap yang kita lakukan. Menghayati sehingga kita jatuh cinta dengan apa yang kita lakukan. Dia juga mengajar aku tentang aspek kesabaran , iaitu sabar dan bukan terburu-buru untuk mengutip jam / tempoh masa bagi memenuhi setiap komponen.

Hari ketiga , keempat dan kelima

Hari-hari yang seterusnya, berlalu dengan penuh ceria dan penuh keseronokan. Pendekatan fasilitator yang tidak menggunakan emosi untuk menegur malah lebih kepada kelembutan dan tolak ansur menjadikan kami semua seronok dan berasa segan untuk membuat salah. BOBO, Zack adalah antara peserta yang paling aktif, mereka banyak mengajar kami semua tentang pelbagai jenis tepukan,. Mereka juga menghibur dengan telatah mereka yang lucu, pokoknya mereka berdua sangatlah sporting!

Apabila aku berada disana aku dapat rasakan betapa kerdilnya diri aku jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Percaya atau pun tidak, kebanyakkan peserta di sana sudah pun menghabiskan anugerah emas dan sekarang mereka hanya menanti saat untuk ditauliahkan sahaja. Bukan itu sahaja, macam Bobo beliau adalah ikon kementerian Belia dan Sukan yang banyak pergi ke luar Negara untuk menghadiri persidangan Belia di peringkat antarabangsa, Begitu juga dengan Zack. Seorang lagi yang aku tidak dapat lupakakan adalah Syahzan umur baru 19 tahun seorang pelajar STPM di Mersing, percaya atau pun tidak Syahzan adalah ketua Belia parlimen Mersing yang paling aktif sekali. Majoriti yang ada disana adalah kelompok belia yang aktif dan sangat terpengruh malah mempunyai pengalaman yang sangat hebat dalam aktiviti sukarelawan dan aktiviti-aktiviti belia. Sebab itulah aku katakan bahawa aku bersyukur dapat pergi kesana kerana aku dapat berjumpa dengan kelompok belia ini untuk aku jadikan mereka sebagai satu platform untuk aku saling bertukar pendapat dan aktiviti dengan mereka.

Apabila diingat-ingat kembali, selalunya, apa yang kita tidak suka itulah nanti yang akan menjadi kesukaan kita. Begitu juga dengan kem ini, bermula dengan hari pertama yang suram dan membuatkan aku tidak suka, namun persekitaran itu berubah menjadi kesukaan aku sehingga ke saat-saat akhir aku hendak melangkah keluar dari kem ini. Walau bagaimanapun, memori yang aku tidak dapat juga lupakan adalah antara aktivitinya yang hebat sekali. Baik indoor games mahupun outdoor games nya. Seperti team building, river crossing, ikhtiar hidup dan lain-lain.

Dikesempatan ini juga aku turut berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar hebat dari KYS atau dari Kolej Yayasan Saad. Mulanya bila aku dengar Kolej Yayasan Saad ini aku ingatkan diorang semua dari Kolej tapi rupa-rupanya Kolej Yayasan Saad itu adalah sebuah sekolah Menengah Swasta atau private school, dan mereka ini datang dari latar belakang keluarga yang berbeza dan dari negeri yang berbeza. Hebatnya mereka ini semua yang datang ke kem ini adalah mereka yang telah menyempurnakan pingat emas dan sedang menanti untuk ditauliahkan sahaja lagi. Satu lagi mereka yang datang ini sedang membuat persediaan selama 2 tahun sebelum dihantar belajar ke luar Negara seperti German, UK dan US. Percaya atau pun tidak, mereka semua ini mendapat straight A’s untuk SPM mereka tahun lepas,bermakna mereka lebih muda dari aku tapi pencapaian mereka lebih hebat dari aku.. Disini aku belajar satu lagi perkara baru......

Malam yang paling kemuncak sekali adalah malam terakhir, malam yang dikenali sebagai, INI MALAM KITA YANG PUNYA. Malam ini aku dijemput untuk membantu peserta dari Sabah untuk menari tarian sumazau, yup! SUMAZAU.. first time aku menari tarian sumazau ini, memang best walaupun kayu.. haha. Malam ini kami dijamu dengan BBQ dan ada acara karaoke.. memang best, malam terakhir yang seronok sehingga jam 2 pagi..

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah membuka mata aku untuk melihat kehidupan ini dari sudut atau perpektif yang berbeza. Semangat untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik mula lahir, bersaing dalam hidup untuk terus menjadi yang terbaik dan membantu orang tanpa mengira warna kulit, bangsa mahu pun agama seakan-akan menyala-nyala dalam diri aku. Kini, aku telah menetapkan satu tahap dan target untuk aku capai.. lihatlah nanti selain dari mengejar tahap emas aku akan capai target yang telah aku tetapkan...

Terakhir kalinya, aku ingin merakamkan nama ahli kumpulan aku dalam entry kali ini, terima kasih kepada SHAMSUL (SELANGOR), SHAM (SELANGOR), YATIE (SABAH), AZRIN (MELAKA,KYS), NABIL (MELAKA,KYS), AYUNI (MELAKA, KYS), ZURAIDAH (NEGERI SEMBILAN), SALBIAH (SELANGOR), SYAH (SELANGOR), SYUKRI (SELANGOR)..

Entry kali ini memang panjang, kerana apa panjang, kerana satu lagi kenangan telah terukir di kanvas hidup ini...

You Might Also Like

0 Komen