HALAMAN BARU

Sudah semakin lama semakin tidak tahu hendak mulakan bagaimana. Diari digital yang dahulunya hampir setiap malam di belek, diselak, dan penu...

Sudah semakin lama semakin tidak tahu hendak mulakan bagaimana. Diari digital yang dahulunya hampir setiap malam di belek, diselak, dan penuh dengan makalah-makalah coretan hati kini sudah lebih berpurnama dibiarkan sendu. 


Mungkin teknologi sudah semakin canggih, banyak saluran media lain yang lebih attractive menyebabkan diari ini sudah tidak ramai pengikut dan dibiarkan sepi. 

Namun, baru baru ini apabila aku merasakan bahawa jari jemari perlu kembali aktif dipenakan ke papan kekunci. idea-idea dan garapan yang hadir secara sedar perlu di luahkan segera agar jika suatu hari nanti Tuhan yang maha kaya menarik nikmat ingatan ini, maka aku secara peribadi boleh membaca kembali apa yang telah berlaku dalam sisi hidup ini pada kehidupan yang lepas. 

alhamdulilah, tapi bagaimana aku mahu mulakan ya? 

hurmm.. 

perlukan aku mulakan dengan kehidupan yang berlaku selepas daripada sandangan jawatan yang membebankan? 

atau 

konflik perniagaan yang tidak pernah habis? 

atau 

kebahagiaan percintaan? ah, mengarut, tiada pun . 

atau

kemunculan dan kejayaan The Kapits? 

atau 

Resipi masakan daripada The Bujang Kitchen? 


apa pun, aku akan kembali semula menulis. dari hari ke hari. akan aku garapkan seberapa banyak memori untuk tatapan semua. (kalau ada yang membaca) 

sehingga setakat ini sahaja dahulu. oh ya, ada pembaca? boleh follow instagram @the_kapits

salam sayang 
shafiqkamaruddin 


You Might Also Like

0 Komen