temuduga di UPM

salam! salam 1 Malaysia.. cerita ini adalah cerita tentang temuduga yang aku kena pergi untuk dua kursus yang aku pilih iaitu kursu...

salam! salam 1 Malaysia..


cerita ini adalah cerita tentang temuduga yang aku kena pergi untuk dua kursus yang aku pilih iaitu kursus pendidikan di UPM dan USM

di UPM aku memohon untuk kursus Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
di USM pula aku mohon untuk kursus Ijazah Sarjana Pendidikan Sastera..

kiranya cita-cita nak jadi cikgu la ni.. haha. aip, ini bukan main main tau, ini memang cita-cita dari kecil la..

alhamdulilah, setelah aku menduduki peperiksaan MEDSI 30 April lepas, aku berjaya dipanggil ke temuduga. Temuduga di UPM.. terima kasih banyak banyak kepada En Sodri atas jasa baik menghantar dan menunggu aku sehingga habis gtemuduga. dan kepada Asytar yang menjadi peneman disamping penyibuk tak bertauliah.. hahaha terima kasih lah kepada keduanya.

bercerita tentang temuduga, alhamdulilah, aku pada mulanya memang la gugup maklumlah memang dah biasa kena temuduga tapi yang ini lain macam sikit, kalau tak lepas temuduga ini, memang jadi pekerja Abang Long la sampai bila-bila.. haha. tapi minta minta dapat la. siapa la yang tak mau masuk universiti dan belajar sampai ke peringkat tertinggi kan..?

tapi yang peliknya, 2 orang calon yang didepan aku punya lah lama kena interview sampai aku tertido-tido kat luar bilik temuduga tuh, tapi bila time aku, tak sampai 15 minit. aku siap tanya dah habis ker?.. haha. pakcik pakcik yang temuduga aku tu tergelak jer.. nasib baik dorang sporting..

kini, aku tawakal je la pada Allah, moga-moga dapat la masuk mana-mana Universiti dengan kursus yang aku minat. kalau dapat kursus yang tak minat pun tak boleh juga. nanti belajar separuh jiwa jer. tak seronok la kan.

cita-cita masih jauh lagi.. harap dipermudahkan.. insya Allah

You Might Also Like

0 Komen