BSMMUSM

BSMMUSM - Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Sains Malaysia. Tarikh - 10hb-13hb Tempat - Kem PLKN White Resort, Balik Pulau masuk USM waj...

BSMMUSM - Bulan Sabit Merah Malaysia Universiti Sains Malaysia.

Tarikh - 10hb-13hb
Tempat - Kem PLKN White Resort, Balik Pulau

masuk USM wajib ambil unit beruniform untuk course pendidikan. nak taknak antara PALAPES, SUKSIS (polis), PBSM, ST. JOHN Ambulance kena pilih 1. pening kepala juga nak buat pilihan. ikutkan hati dah tak mau dah aku masuk unit beruniform ni. dah puas dah berjemur dari form 1 sampai f5 bawah panas untuk kawat kaki. tapi nak tak nak kena la juga pilih satu kan. mula-mula ambik St john seba pbsm dah penuh tapi bila keluar dari bilik pendaftaran st. john pbsm ada lagi kekosongan, terus ambil balik form yang dah dihantar ke st john dan masuk pbsm..

itulah intro macam mana aku ngan kengkawan masuk pbsm. pbsm course aku memag tak ramai, stakat 5 orang jer, tapi Alhamdulilah, lagi sikit lagi bagus, lagi senang nak concentrated dengan pembelajaran. senang kata memang aku enjoy la masuk PBSM walaupun kadang kala rasa malas nak p kawat kaki, rasa malas nak p lapor diri.. haha

dan kem BSM tahun ini buat kat Kem PLKN White Resort, Balik Pulau. firstly, satu pemilihan tempat yang sangat lawa, rasa sangat best dengan environment kat situ. mana taknya, kawasan itu hutang dan sangat kekampungan, memberi aku ketenangan dan sangat damai.

aktiviti dekat sana sangat best, dulu masa f6 lower ngan upper aku pun masuk pbsm, tapi pbsm yang tak aktif. so tak banyak benda yang aku belajar. masuk U banyak benda yang belajar. bandanging dan fisrt aid. seronok juga belajar macam mana nak balut anggota yang cedera, buat CPR, dan yang paling aku nak belajar dulu adalah macam mana nak tekan dada dalam CPR, dan kem ini dah mengajar aku.

paling tak boleh blah masa buat Disaster Relief, haha pengalaman yang sungguh lawak.. at first memang dia dah bagitau akan ada disater relief, ok Disaster relief ini macam suasana di mana bencana alam terjadi dan macam mana BSM ini nak buat kerja dalam keadaan yang huru hara. aku jadi backup kpd ketua sukarelawan maknanya aku dah tau apa yang akan terjadi, cuma masa jer yang aku tak tau. hari pertama kebetulan aku dengan kengkawan lain jadi sentry atau bahasa mudahnya berjaga malam untuk keselamatan la kan. cukup masa aku pun masuk khemah nak tdo, aku rasa aku baru jer ttdo tak sampai 10 minit tetiber bunyi siren dengan bunyi kelam kabut.

dalam keadaan mamai campur panik, otak aku macam tak boleh berfungsi, aku masuk khemah, kuar khemah masuk khemah kuar khemah taktau nak buat apa, lagi lawak kawan aku yang sorang tu nak amik bandage teramik sejadah dah setengah jalan baru prasan terambil sejadah. haha. akhirnya disaster relief kali pertama malam tuh dikira gagal, firstly lambat bergerak dan kelam kabut. haha. kali kedua baru lulus.. alhamdulilah

selain tu ada mass cooking, mass cooking ini pulak adalah satu pertandingan memasak antara VAD, VAD ini macam kompeni kawat kaki la. mass cooking ini sebenarnya adalah memasak untuk mangsa bencana alam. so, memang masak gaya koboi la. yang lawaknya, nasi VAD kitaorang mentah yang teramat sangat puncanya sebab dapurnya yang sngt kurang function.sampaikan kitaorang terpaksa buat dapur kayu untuk masak kari ayam. apa yang aku nak highlight kat sini, walaupun VAD 7 tak menang mass cooking tapi percayalah kami satu VAD sangat enjoy masa memasak. dengan lawak nya, dengan usaha mahu menghidupkan api. everyone work like one family..

masuk pula bahagian pertandingan kawat kaki. VAD 7 berlatih bersungguh-sungguh segala kekurangan yang kami alami kami cuba atasi dengan penuh bersungguh-sungguh. bukan kemenangan yang kami cari mulanya, cukuplah perpektif yang mengatakan bahawa VAD 7 tak mampu kawat kaki dapat ditebus, bukan apa, dari dlu VAD 7 lansung tak pernah menang kawat kaki dan mindset mengatakan VAD 7 tak pandai kawat kaki dapat diatasi. hari pertandingan kami buat yang terbaik. semangat yang pada mulanya kami letak sekadar untuk membuktikan kami mampu kawat berubah dimana kami turut letakkan harapan untuk meraih kemenangan. memandangkan kami buat yang terbaik, lebih baik dari waktu latihan. sampai waktu untuk pengumuman VAD terbaik kawat kaki, kami diumumkan bahawa kami adalah juara, bayangkan setelah sekian lama VAD 7 tidak pernah diumukan sebagai pemenang hari itu kami diumumkan sebagai pemenang. aku bersyukur, aku pandang kawan-kawan satu VAD semua gembira, aku pandang MT MT VAD 7 semua gembira, tak lama kemudian satu berita diumumkan bahawa untuk pertandingan kawat kaki, bukan VAD 7 yang menang, kata mereka sudah tersalah umum kerana perbezaan 1 markah.. aku hanya Redha..

walau bagaimanapun, setelah aku muhasabah diri sendiri, mungkin ada hikmah disebalik semua ini, Allah itu maha adil, kuasanya tak mampu ditandingi oleh impian manusia kerdil macam aku. mungkin masih bukan rezeki VAD 7 untuk bergelar juara pertandingan kawat kaki. ini adalah kemenangan yang tertunda, pasti dapat ditebus semula oleh junior2 kami nanti. apa pun tahniah kepada VAD 9, tahun ini banyak mengondol hadiah. apa pun aku tetap berbangga dengan Syed Ikhmal Al-GAdrie yang menjadi komanden VAD 9. ternyata fizikal bukan ukuran kepada sebuah kejayaan kan. u prove it!

akhir nya, terlakar sudah sebuah memori, ingatan mungkin akan terpadam tapi memori tetap akan tersimpan kukuh.. ouh, peserta terbaik adalah aku untuk tahun ini, alhamdulilah rezeki Allah..

You Might Also Like

0 Komen