STPM....

salam.. ingat nak upload gambar kem tapi bahan tak cukup la.. bdw, tadi aku search internet untuk cari bahan penyelidikan.. dan ini adalah a...

salam.. ingat nak upload gambar kem tapi bahan tak cukup la.. bdw, tadi aku search internet untuk cari bahan penyelidikan.. dan ini adalah antara bingkisan yang aku nak kongsi kepada semua blogger.. dah baca, plz do leave some comments yup!..

1. STPM :

Terlalu banyak sangkaan buruk yang perlu disangkal untuk menjelaskan perkara sebenar tentang STPM

"a waste of two years"
-terdapat ibubapa yang mengatakan mengambil tingkatan enam adalah satu pembaziran masa. Saya kurang bersetuju tentang penyataan tersebut; bagi saya STPM mempunyai nilai dan cirinya yang tersendiri.Malah, sijil STPM juga diterima di universiti-universiti antarabangsa seluruh dunia.

Selamat- pelajar lepasan STPM adalah diutamakan dalam memasuki Universiti tempatan berbanding pelajar yang mengambil kursus diploma di IPTS.Malah, sijil STPM juga diterima di universiti-universiti antarabangsa seluruh dunia.

Standard- sijil STPM diiktiraf oleh seluruh dunia berbanding sijil-sijil yang lain. Silabus dalam STPM adalah hampir setaraf dengan pengajian-pengajian ijazah di universiti antarabangsa.


"Sukar??"
'Sukar' bukanlah ayat yang sebenar untuk menerangkan hal ini. Bagi saya, silabus STPM meliputi skop yang terlalu luas. Kerana masa yang agak terhad, maka ramai menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat sukar. Adakah mustahil untuk berjaya dalam STPM? Jika mustahil mengapa terdapat calon yang berjaya? "mereka makin nasi, kita pun makan nasi juga".

Bukankah lebih bagus untuk menganggapnya sebagai satu cabaran?

-mentaliti-
p/s : diambil daripada seorang blogger..

2. hakikat sebenar STPM

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 atau matrikulasi. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.

Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

3. lagi hakikat sebenar STPM...

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.

STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.


Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6.

Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.

Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.

Kebanyakan pelajar bumiputera ditawarkan ke program matrikulasi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

baiklah itu antara info yang ingin aku kongsi sebagai pelajar tingkatan enam atas.. kepada mana-mana student yang nak buat f6 jangan risau jangan takut.. bulatkan tekad dan mantapkan langkah.. jumpa di menara gading!



You Might Also Like

3 Komen