bla bla bla.. =)

kadangkala dalam kehidupan ini, pilihan itu sememangnya ada di tangan kita. bagaimana kita mahu mencorakkan kehidupan itu, terpulang lah pa...

kadangkala dalam kehidupan ini, pilihan itu sememangnya ada di tangan kita. bagaimana kita mahu mencorakkan kehidupan itu, terpulang lah pada kita. kadangkala juga, kita tidak dapat menyembunyikan rasa hati, kadangkaa timbul rasa kecewa, marah, sdih, terasa hati, penat, lelah dan sebagainya. namun tatkala meniti kehidupan yang sebenar takkan kita mahu gembira dan gembira sahaja bukan? 

umpama memasak seekor ikan siakap, rasanya manis sahaja tidak cukup untuk menjadikan ikan itu sedap dimakan, perlu ada rasa masin, pahit, masam dan lain lain supaya ianya sedap dimakan dan mudah dihadam. kadangkala juga kita perlu pekakkan telinga dan bijak membuat pilihan yang terbaik untuk kehidupan kita. pekakkan telinga dalam erti kata mencabar diri daripada tidak mengendahkan paluan suara suara negatif yang akan menjatuhkan hati dan perasaan kita. alhamdulilah, setakat hingga ke hari ini, aku masih lagi mampu untuk berdiri di atas tunjang sendiri dan menangkis kata kata manusia yang menyemakkan ruang hidup aku. hanya restu mak dan ayah di rumah dan juga doa kepada Illahi buat bekal menjalani kehidupan ini. 

ini bukan cerita sedih, ini bukan cerita meminta simpati. hey bloggers. ini adalah kuluman  intipati aku adalah aku. pelbagai peristiwa, projek yang telah berjaya di laksanakan sepanjang 3 minggu ini. semuanya berjalan dengan sangat berjaya. alhamdulilah berkata usaha semua orang yang bertungkus lumus. alhamdulilah juga dibekalkan dengan adik adik perintis yang pada aku sangat berkaliber membuat keputusan. biar gambar sahaja yang berbicara :: 



program earth hour adalah program yang dilaksanakan oleh USM di semua kampus di Malaysia. Semua Desa (hostel) memainkan peranan yang sangat penting bagi menjayakan program ini. flyers, banner, DP Fb profile pic, cover pic da sebaginya mula di blast 2 hari yang lalu. ramai yang mempertikaikan usaha ini. hello, setakat cakap cakap belakang takkan mampu ubah apa apa. sekarang masa untuk BERTINDAK berhenti BERTERIAK! 
USM WE LEAD. 





kawan kawan selain daripada SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE kepunyaan aku di Kuala Lumpur yang membekalkan aiskrim goreng, kini aku mengorak satu lagi langkah demi memenuhi minat aku sebagai seoarang peniaga, masih terlalu awal untuk bergelar usahawan, tetapi itu impian aku suatu hari nanti. masuk hari ini genap 10 hari aku menjalankan perniagaan francais Roti Impit Ayamazz. francais ini adalah kepunyaan KFC Berhad. 

kali pertama memulakan perniagaan di Karnival Jom Masuk U, kami mampu menjual hampir 1400 unit. satu permulaan yang baik. dan semestinya perniagaan ini adalah usahasama aku dengan beberapa pemodal termasuk Majlis Penghuni Desasiswa Tekun. dan selagi hayat perniagaan ini ada, maka MPD Tekun kan mendapat income secara bulanan. alhamdulilah. gambar diatas adalah rentetan daripada jualan kami semasa mengikuti FESTIVAL CHAK A'A yang berakhir semalam. dan In Shaa Allah minggu depan kami akan mula menjual di Festival Saujana selama 4 hari bermula hari khamis. diats itu semua adalah adik adik aku yang bersama menolong menjayakan perniagaan ini. terima kasih semua!














gambar diatas ini pula adalah program Kenduri Sekampung anjuran desasiswa Tekun bersama Desasiswa Restu dan Saujana. dengan berbekalkan konsep PERKAHWINAN. konsep ini mula diperkenalkan pada tahun ini. jika dilihat pada tahun-tahun lepas, konsep yang diketengahkan adalah konsep MAULIDUR RASUL, memandangkan pada tahun ini maulidur rasul di sambut pada musim cuti semester maka, konsep perkahwinan diperkenalkan, tetapi kami masih lagi memperingati junjungan besar Rasulullah SAW dengan berselawat. 

ini lah momen yang paling seronok sebagai seorang YDP, dimana di majlis yang sungguh meriah ini dihadiri oleh desa jiran iaitu Restu dan juga Saujana. komitmen dan juga kerjasama yang diberikan juga adalah sangat superb. alhamdulilah, semuanya berpuas hati dengan majlis yang diatur selama 2 hari ini. majlis berinai, merewang dan bersanding semuanya berjalan dengan lancar. majlis ini di hadiri juga oleh TNC BHEPP USM, Profesor Adnan Bin Hussein. alhamdulilah.. 




gambar di atas ini pula adalah rentetan majlis penyerahan bendera SUKAD (sukan antara desasiswa) yang dijalankan sebelum SUKAD bermula. tujuan utama kita menghimpunkan kesemua atlet yang akan bertanding  dalam SUKAD keempat empat fasa adalah bagi menaikkan semangat mereka serta mewujudkan perhubungan yang erat bersama penghuni. apalah gunanya menjadi majlis penghuni desasiswa jika penghuni tidak mengenali kita. bukan untuk mendapatkan glomour atau dipandang popular tetapi supaya sebarang aduan dan permasalahan yang tiimbul dapat kita selesaikan dengan cara yang baik.

menariknya, majlis ini dihadiri oleh YDP MPP USM dan beberapa perwakilan MPP, kerana hanya Desasiswa tekun sahaja yang menganjurkan majlis seumpama ini. oups, aku kelihatan gemuk. haha





sebelum bermulanya SUKAD, para sekretariat bertungkus lumus mengadakan perjumpaan demi perjumpaan untuk membuat pengagihan kerja dan membuat persiapan yang unggul supaya tiada perkara kecil yang akan terlepas pandang. alhamdulilah, selepas beberapa kali perjumpaan, persiapan terakhir sukad berjalan dengan jayanya. mereka inilah tulang belakang aku, bagi memastikan sukad berjalan dengan lancar. alhamdulilah setelah selesainya sukad fasa 2 di kampus kesihatan, atlet berpuas hati dengan aspek kebajikan yang kami sediakan. alhamdulilah sekali lagi. 





satu lagi projek yang dijalankan adalah pra pertandingan PADU. PADU (pantun antara desasiswa universiti) adalah pertandingan yang diselitkan sekali dalam Sukad. pertandingan telah pun dijalankan secara rasminya minggu lepas di kampus kesihatan. alhamdulilah desasiswa Tekun mendapat tempat ketiga antara 13 desa yang bertanding. yang berbaju hijau itu namanya izzat, menusia yang aku kira paling bertungkus lumus menjaga kebajikan pemantun. 

sebenarnya tujuan utama pra PADU ini dibuat adalah untuk memilah pemantun yang paling berkaliber untuk mewakili desa Tekun ke PADU yang sebenarnya. alhamdulilah, berkat usaha mereka semua, walaupun tidak menjadi johan,  mereka berjaya juga membawa nombor 3 untu desasiswa tekun. Tahniah semua! really proud of u guys!






jeng jeng jeng. dalam kesibukan aku menguruskan program program Universiti @ Desasiswa, aku masih lagi sempat menguruskan satu lagi projek program motivasi. program ini adalah inisiatif darpada kawan baik aku yang ingin kami (pelajar usm) datang ke kampung nya untuk memberikan sedikit motivasi dan peransang kepada adik adik di SMK Kubor Panjang,Pendang Kedah Darul Aman. 

hati aku sebak apabila melihat kudrat si ibu tua yang hadir pada hari itu. bagaimana aku hampir menitiskan air mata tatkala melihat mereka begitu beryukur kerana kami hadir membantu memberikan peransang kepada anak-anak mereka. dalam dunia ini jika kita berasakan kita yang paling malang, sebenarnya ada lagi insan yang lebih malang dan memerlukan perhatian. kami telah berikan yang terbaik kepada mereka. dan hubungan yang dibina in shaa Allah tidak akan putus kerana kita berhubung kerana Allah SWT. program ini dikendalikan oleh bakal-bakal guru, pelajar seni, pelajar biologi dan juga dihadiri juga oleh YDP MPP USM. semoga mereka akan sukses dalam kehidupan merekan. In Shaa Allah. 

:: panjang entry kali ini, tetapi itulah yang berlaku sementelah aku semakin sibuk. kesibukan dunia yang aku harap menjadi sebahagian daripada saham akhiratku nanti. amin. =) 

You Might Also Like

1 Komen