terbayar...

tiada siapa yang sangka, dalam kekelutan memikirkan apa yang bakal berlaku, terus menjelma sebuah kegembiraan.. disebalik hati sedang gundah...

tiada siapa yang sangka, dalam kekelutan memikirkan apa yang bakal berlaku, terus menjelma sebuah kegembiraan..
disebalik hati sedang gundah gulana memikirkan apa yang bakal berlaku, seseorang hadir menghulurkan tangan..

alhamdulilah...

nafas lega terhambus keluar melalui rongga hidung, kepenatan, kelelahan, kesemputan seolah-olah terbayar dengan harga sebuah kepuasan. aku terus senyum.. kalau di kem, 1.... 2... 3.... haha. seronok.

selepas semuanya berakhir, ternyata kolaborasi antara fasi tingkatan enam dan juga kaunselor sekolah, kem kepimpinan asas prs berjaya dilaksanakan dengan jayanya. silap bukan dengan jayanya, dengan cemerlangnya!! aku akui, ramai yang membantu menjayakan kem itu. terima kasih semua! ikhlas dari hati, aku amat bangga mempunyai rakan-rakan yang sanggup menolong membantu aku!!

kepada adik-adik, tiada ungkapan yang dapat diucapkan. kalau ditukar selautan laut menjadi permata nilam sekalipun, masih belum terbayar dengan harga kerjasama yang telah diberikan.. terima kasih adik-adik!!

kalau hendak dicerita semua perjalanan kem selama tiga hari dua malam itu, pastinya panjang.. sangat-sangat panjang.. kerana didalamnya terkandung seribu satu cerita yang tidak boleh dipendekkan.. semuanya sama penting..

akhirnya,.. arigato gozaimasu semua!!.. ini adalah kenangan terindah kita.. simpan didalam hati,.. kunci rapat-rapat.. dan buang kuncinya jauh-jauh!

p/s- pic akan menyusul kemudian..

kita siapa?...
kita serupa......

You Might Also Like

1 Komen