raya korban di Baling

sudah lama tidak beraya korban di Baling, Kedah. seingat aku jarang sekali boleh balik kampung beraya dengan Pak(tok wan) dengan tok(tok per...

sudah lama tidak beraya korban di Baling, Kedah. seingat aku jarang sekali boleh balik kampung beraya dengan Pak(tok wan) dengan tok(tok perempuan). sebab apa, pertama masa zaman sekolah dulu raya haji selalunya tidak lama sangat paling lama 3 hari, kalau dah 3 hari jer cuti macam tak berbaloi nak balik kampung kan. nanti terkejar-kejar pula. selalunya balik raya untuk raya puasa sahaja. namun yang bestnnya sejak2 aku duduk dekat USM ini, boleh selalu balik kampung. cuti lama sikit jer boleh balik kampung. kadang kadang rasa nak balik KL tapi parents pun tak galakkan balik kalau cuti sekejap2. bazir duit dan bazir masa..


tahun ni raya haji di kampung sangat seronok. walaupun cuti 9 hari tapi aku dapat balik kampung cuma 3 hari sahaja iaitu dari 5hb sampai 8hb. pagi 8hb dah kena balik USM sebab malam tu ada house meeting di rumah Paklah kat Sg Dua. 9hb tu pulak aku ada talk Nutrilite di Northam Hotel dari pukul 9pg sampailah 5 ptg. malam tu pulak dari pukul 9 malam ada latihan kawat kaki sampai pukul 11 malam. 10hb-12hb ada perkhemahan tahunan Bulan Sabit Merah di balik pulau pula.. jadual yang pack.

bercakap soal raya haji di kampung, tahun ini tok wan aku buat korban seekor lembu. raya kedua lembu itu dikorbankan. suasana kampung tuh yang paling aku suka tengok bukan apa, beza antara orang kampung dengan orang bandar buat kerja melapah lembu sangat berbeza, kalau orang kampung seejap je seekor lembu siap dilapah. tapi kalau orang bandar ambil masa juga untuk melapah lembu walaupun seekor. kalau kat kampung tak payah susah2 nak tolong, kalau orang macam aku nak tolong alamatnya kerja yang cepat jadi lambat la.. haha.

tahun ni pun tak ramai saudara yang balik kampung, yang ada cuma makcik-makcik yang single, yang dah kahwin tak dapat balik sebab cuti tak lama. ada juga yang buat korban di tempat sendiri... harap harap tahun depan murah la rezeki dalam bisnes boleh aku join buat korban sekali. amin..


You Might Also Like

0 Komen