master of ceremony

seminggu yang lepas aku berpeluang menjadi wakil dari kampus induk untuk menghadiri bengkel pengacaraan majlis dan protokol atau dalam bahas...

seminggu yang lepas aku berpeluang menjadi wakil dari kampus induk untuk menghadiri bengkel pengacaraan majlis dan protokol atau dalam bahasa omputihnya how to be an effective master of ceremony. kampus induk USM hantar 10 orang wakil,manakala kampus kesihatan, kubang krian hantar lebih kurang 9 orang dan kampus kejuruteraan nibong tebal hantar 10 orang juga, pemilihan dia juga melalui beberapa proses temuduga. dan alhamdulilah aku antara individu yang lepas temuduga..

menariknya, bengkel ini dilaksankan di lake town resort bukit merah. jadi kesimpulannya dia adalah percutian sambil belajar. dari tempat tidur, layanan sampailah makanan memang heaven gila. rasa tak mau balik jer. dilayan memang sangat ekslusif

di bengkel itu kami diajar cara menjadi seorang pengacara majlis yang hebat dan profesional. yang mengajar kami bukan calang-calang orang, tapi individu yang telah berpengalaman mengacara majlis selama berbelas tahun. dari majlis kecil sampailah majlis yang dihadiri kenamaan. rasa sangat bertuah kerana terpilih dalam bengkel ini.

gambar-gambar di bawah ini adalah gambar yang diambil pada malam mesra. malam ini kami semua wajib menyanyi setiap orang satu lagu dan menariknya dihidangkan dengan makanan tahap 4 bintang tuh.. memang best!.

lagi satu yang paling menarik adalah of course dapat kawan-kawan baru dari kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan. yang tak boleh blah, aku jumpa senior dengan junior aklu time sekolah rendah.orang k.l dan duduk di bandar tun razak. haha. kecik jer dunia ni.

harap2 bakal terpilih untuk menghadiri bengkel pengacaraan majlis siri dua. dengar kata hanya 20 orang jer yang terpilih.. hurm, walau macam mana pun, kalau ada rezeki, ada la tuh.. insya Allah..

























You Might Also Like

0 Komen