piknik santai

kesibukan yang teramat sangat, membataskan aku untuk mencoret barang setinta dua buat diari blog ini, ramai yang bertanya kenapa blog lama t...

kesibukan yang teramat sangat, membataskan aku untuk mencoret barang setinta dua buat diari blog ini, ramai yang bertanya kenapa blog lama tidak diupdate maaf kepada semua blogger yang menjadi folowers..

baiklah,. ini adalah cerita 7 hari lepas, dimana aku dan kawan-kawan lama yang bersekolah di SMK Seri Bintang Selatan pergi berkelah di hutan lipur sungai congkak. pada awalnya, rancangan untuk membuat percutian ini diatur 3 bulan yang lepas lagi, rakan -rakan sebatch dan rakan-rakan senior 07 juga dijemput sama untuk ke vacation ini. pada awalnya juga vacation ini patutnya diadakan di Gold Cost Sepang selama 2 hari 1 malam. tapi apabila menghadapi banyak masalah dan kekangan maklumlah ramai yang masih lagi berperang dengan kertas-kertas soalan di universiti, maka ramai nyang tidak dapat hadir last minit, jadi kami yang pergi ini pun tukar tempat dan tarikh iaitu di sungai congkak..

walaupun satu kereta sahaja yang pergi, tapi tetap seronok.. memang seronok.. apatah lagi fikiran aku yang tengah kusut dan serabut seolah-olah terubat dengan ketenangan di sungai congkak ini.. sehari sebelum tu, aku dan cikgu asyuk pergi ke tesco untuk membeli makanan sikit. rancangnya nak buat BBQ, jadi akulah yang tolong perapkan ayam-ayam tuh..

menu : ayam paprika dengan brown sauce *wallawyeh...

yang ikut ke sungai congkak seperti biasa, cikgu sebagai pemandu, aku, fifie, didie, ninie dan min.. dah 3 tahun tak pernah jumpa min, min macam biasa dengan sikap kecoh dia, suka buat bising dan havoc! satu benda yang tak dapat dilupakan pasal min ini adalah peristiwa min yang nak test kedalam airsungai sampai hanyut dan kisah kain batiknya.. kalau semua perasan min memang tak bawak baju kononya tak nak mandi, sebab itu dia pakai kain batik pinjam didi punya. dah la pakai kain batik buat pertama kali.. haha * korang semua kena tgok muka min saat dihanyutkan air sungai.. haha. sumpah lawak.. dah macam muka burneys dah..

nak cerita pasal seronok memang seronok habis, sampai kecut2 kaki dengan tangan sebab sejuk mandi air sungai. lepas aja pergi mandi sungai congkak, min ini pulak tak pernah makan ais krim goreng, jadi terus la pergi ke rumah aku makan ais krim goreng..excited gler si min makan aiskrim goreng sambil snap gambar aku menggoreng ais krim tuh.. puas dioarang dapat makan aiskrim goreng..

tak habis dengan tuh, pergi pulah VIVA HOMES, ok tempat tu tersangatlah sejuk, pergi MBO cinema beli tiket nak tgok wayang pulak.. ceritanya Pirates of the Caribean.. seronok dan tak menghampakan.. 4 bintang aku bagi!.. habis jer cerita tuh, maka habislah hang out sehari suntuk.. cakap banyak pun tak guna, bawah ini gambarnya..





































You Might Also Like

0 Komen