padat

alhamdulilah, tepat jam 12:40 tgah malam iaitu selang beberapa minit aja dari sekarang segala urusan yang aku rencanakan pada hari ini berja...

alhamdulilah, tepat jam 12:40 tgah malam iaitu selang beberapa minit aja dari sekarang segala urusan yang aku rencanakan pada hari ini berjalan dengan lancar. maknanya, sekali lagi aku tidak membuang masa dan memenuhi jadual aku seperti yang diatur..


bermula dengan rutin yang berbeza, seawal jam 7 pagi aku telah memulakan dengan memproses stok produk SHASHAKA sebanyak 100 biji. habis dengan jayanya tepat jam 11.00 pagi.

selepas itu, terus bersiap untuk ke PUDU mengambil borang kem interaktif pingat emas dekat fifie. maklumlah, disebabkan tiada keupayaan untuk membawa pengakutan sendri terpaksalah pakcik tren yang sedia mengambil dan menurunkan aku di setiap destinasi yang ingin aku tuju.

tak habis dengan itu, aku terus lajak ke pertama kompleks kerana ingin bertemu dengan pegawai dari Tekun Nasional yang menguruskan bahagian pinjaman usahawan bumiputera. sebenarnya ini kali pertama aku pergi ke pejabat Tekun Nasional ini, masalahnya nak dekat 2 jam aku melilau mencari pejabat tak jumpaa-jumpa.. tanya orang ni orang ni tunjuk sana, tanya sana, tunjuk sini pening aky, last2 aku ikut kata hati je la.. baru jumpa..

lepas dah bincang-bincang dengan pegawai Tekun tu, naik lrt pergi pulak rumah si farah amani untuk ambil sijil perak aku dengan fifie, nak tercabut kaki woo jalan kaki dari lrt pandan jaya ke taman shamelin, nasib baik aku ingat lagi jalan setelah 3 tahun tak jalan ke situ.. sampai umah fara terus amik sijil, baru ingat aku tak makan lagi la dari pagi, tadi nak kuar rumah sempat jamah nescafe segelas jer patut perut rasa lapar.. terus lepak kat belakang shell, port lama lepak ngan member2 SBS dulu, wah rindu kot.. makan la sorang-sorang sambil mengamit kenangan lalu.. *ceh..

sampai rumah jam 4 petang, tak solat zohor lagi, apa lagi terus solat dlu, baru nak tarik nafas lega sikit baru ingat gambar pasport tk cari lagi.. padahal malam nanti nak kena serahkan borang kem kat en farihan.. 2 jam aku mencari gambar tak jumpa-jumpa.. putus asa dah, dalam hati berdoa je, moga dijumpakan, kalau tak jumpa mati la aku, bila pula nak pergi tangkap gambar, cuci lagi.. haiyak.. tapi alhamdulilah, setelah menyelongkar seluruh bilik akhirnya jumpa juga dalam kotak..

baru nak lelap, En farihan kol, tanya nak faks kan surat kebenaran cuti tak dari majikan, haha, bang oi, saya budak skola cuti, saya pun cuti la, tak payah nak surat-surat minta pelepasan untuk majikan.. haha.

tepat jam 9 malam aku pun rush ke mamak marhabah, nak serahkan borang kem penuh semangat takut lambat.. ok, dah sampai, aku pun dah order kopi o kaw punya, kol la en farihan, suara lain macam, sah tgah tidur.. ok, takper saya tunggu.. setelah sejam tunggu baru sampai.. tak perlah, nasib baik lah kem tu berharga, lagipun, standart la orang bekerja, mesti penat, ok, dimaafkan..

dari marhabah pergi pula restoran tongkra, mcam macam yang kita orang bualkan.. memang aku agak respek la ngan en farihan ini.. semua benda dia buat, dia pun ada ajar aku selok belok bisnes, rupanya dia pun run bisnes juga, baguslah, lepas ni boleh minta turunkan ilmu..

so, tepat jam 12.40 tgh malam tadi baru habis semua urusan.. yang pasti malam ini dah tarik nafas lega, tapi esok punya jadual boleh tahan padat..

*semangat!!

You Might Also Like

0 Komen