off

assalamualaikum.. tatkala aku menaip ketika ini, aku baru sahaja selesai mengemas baju sediakan beg untuk ke kem interaktif pingat emas anju...

assalamualaikum..
tatkala aku menaip ketika ini, aku baru sahaja selesai mengemas baju sediakan beg untuk ke kem interaktif pingat emas anjuran kementerian belia dan sukan yang diadakan di kem sg udang, melaka. hari ini, banyak benda yang telah selesai, pertama sekali borang TEKUN NASIONAL dah selamat aku hantar dengan jayanya di HQ TEKUN di bandar tasik selatan.

Alhamdulilah, petang tadi tepat jam 3.00 petang pegawai TEKUN datang ke rumah untuk membuat penyiasatan tentang kesahihan perniagaan yang aku jalankan. ia adalah satu prosedur yang biasa untuk peminjam2 yang ingin bernaung di bawah TEKUN. En Azhar, dia sangatlah berpuas hati dengan apa yang aku bentangkan serta beberapa perancangan perniagaan pada masa akan datang. jadi untuk meluluskan pinjaman ia mengambil masa selama 45 hari bermula pada hari ini. Insya Allah, kalau ada rezeki adalah..

hari ini juga aku pergi ke bangunan Daruzzakah, Baitulmal, atas alasan yang sama juga, iaitu untuk memohon bantuan perniagaan dari sudut kewangan, mana lah tau kalau TEKUN tidak luluskan pinjaman sekurangnya masih ada Baitulmal. tapi kalau dapat dua-dua pun Alhamdulilah.. tak dapat dua dua pun Alhamdulilah..

tapi atas beberapa kekangan borang yang patutnya di hantar ke Bantulmal pada hari ini tidak dapat di hantar sebab ada beberapa dokumen yang tak lengkap. termasuk declaration of Oath. jadi nampak gayanya borang baitulmal tu, paling awal yang aku boleh hantar isnin minggu depan.

dan sekarang aku nak tidur dulu, ops btw, terima kasih la banyak2 kepada ABDULLAH IMRAN ABDULLAH HASHIM yang sudi menunggangkan aku ke merata tempat hari ini dan hari-hari sebelumnya.. Allah sahajalah yang mampu membalas jasamu.. haha

You Might Also Like

0 Komen