TEKUN

hari ini kawasan bandar tun razak tiada bekalan air dari pagi sampai lah sekarang. khabarnya pukul 12 tgh malam nanti baru ada balik. tanpa ...

hari ini kawasan bandar tun razak tiada bekalan air dari pagi sampai lah sekarang. khabarnya pukul 12 tgh malam nanti baru ada balik. tanpa amaran tanpa pemberitahuan tiba tiba tiada air.. haru betul, nasib baik mak ngan ayah aku ada tadah air buat mandi, tak der la mandi kerbau sangat tapi ala kadar sahaja.. haha

nak solat pun susah, nak tayamum macam dah lupa.. haha. maklumlah tak pernah praktik, nasib baik masjid dekat.. maghrib dengan isyak tadi tumpang solat dekat rumah nenek saudara jer, nasib baik rumah dia ada air walaupun dalam kawasan bandar tun razak juga. mandi pun menumpang rumah dia, ikutkan hati malas aku nak mandi tapi badan pun dah berlengas tambahan pula *ceh lengkap dengan penanda wacana lagi, siang tadi penat aku marathon satu dwitasik.. maklumlah orang tak ada lesen mana-mana pergi pun nak kena jalan kaki, tadi pagi kena pergi Maybank dengan BSN kat situ, moto ada lesen pula takder, ikutkan hati nak jer bawak tapi dwitasik tu banyak polis kang tak pasai2 banyak pula cerita..

bierpeluh juga la aku ulang alik naik turun bukit berjalan kaki cari bank tu. dah selesai pergi bank terus pergi cari kedai hardware kat area umah aku tu untuk beli no pintu rumah.. ala yang huruf-huruf tampal kat pintu tu, ikutkan hati aku tak nak pun beli tapi disebabkan urusan TEKUN NASIONAL nak kena tangkap gambar pintu rumah, kena la juga beli, nak beli bukan senang, mencanak cari huruf dengan nombor.. kedai itu ada jual huruf takder jual nombor, kedai ini ada jual nombor takder pulak jual huruf, saiz pula kecik besar kecik besar, aduh pening aku.

basah juga la ketiak aku nak mencari nombor ngan huruf untuk dilekatkan dkt pintu rumah, naib baik jumpa.. tgah tgah jalan nak balik rumah aku dengar bunyi yang tak berapa nak kuat la, dia sayup sayup jer tapi ada irama skit, macam krak kruk kruukkk krakk, hah macam tu la aku dengar betul-betul.. la rupanya, bunyi perut aku la.. padan la pun dari pagi tak jamah apa, sempat minum nescafe je secawan.. kat umah sah-sah tak ada apa nak makan, beli lah bakso makan buat alas perut..

sampai jer rumah, terus siapkan dokumen untuk di hantar ke pejabat TEKUN NASIONAL, tapi nak kena pergi UMNO cawangan dlu minta sokongan, disebabkan jauh, aku pun msg la membe yang aku selalu susahkan, dia pun datang la hantar aku pergi taman tenaga untuk minta sokongan dari UMNO cawangan, nak dijadikan cerita sampai je sana, dekat pintu tu ada tulis besar2, harap maaf pejabat ditutup 7hb jun `baru buka semula.. waaa! lama tuh, 7 hb aku pun dah pergi kem interaktif pingat emas kat melaka 5 hari bila pula aku nak minta tandatangan, bila pulak aku nak hantar borang kat TEKUN NASIONAL, bila pulak borang aku nak diproses.. lambat la macam ini..

fikir punya fikir, telefon sana sini, takpe ada satu lagi cara kalau UMNO bahagian BTR tutup esok cuba pula pergi pejabat UMNO bahagian CHERAS kat jalan peel.. harap2 buka la, boleh la esok aku terus proceed borang ke TEKUN NASIONAL.. banyak lagi kerja yang nak kena fikir ni, urusan tak selesai-selesai lagi.. manakan nak tukar nama COMPANY, nak daftar buat bank statement, nak fikir daftar kat MOU lagi, proses produk lagi.. haiyak! mati oooo...

tapi takper, chill la bro ini kan dugaan, ini baru sikit.. okok, positifkan diri sendiri, ada la hikmah nya tu..mengalah?? oh NEVER!!!

You Might Also Like

0 Komen