novelis

kalau lah hidup ini boleh dinovelkan, jalan ceritanya pasti menarik.. kalau novelis selalu menggarap novel dimana plot ceritanya selalu dan ...

kalau lah hidup ini boleh dinovelkan, jalan ceritanya pasti menarik..
kalau novelis selalu menggarap novel dimana plot ceritanya selalu dan pasti disudahi dengan penghabisan yang romantik atau gembira, dan pembaca selalu dapat mengagak penghabisan yang sedemikian rupa.. tetapi jika cerita hidup dapat dinovelkan, sudah tentu terlalu banyak kejutan dimana jalan ceritanya pasti sangat menakjubkan.. mungkin disaat hendak mengecap kebahagian, timbul halangan yang maha hebat terbentang di tengah jalan. dan kronologi cerita tersebut pasti akan berakhir hanya dengan kematian..

semua manusia idam untuk menjadi seperti watak2 dalam sesuatu novel, apabila membaca novel karya habbiburrahman el-shirazy, otak sentiasa mengagumi watak fahrin dalam cerita ayat-ayat cinta dimana watak yang digarap sangat berbekas dihati, lantas hati sentiasa ingin meniru gaya watak tersebut. apabila membaca pula novel lagenda budak setan karya ahadiat akasya, jiwa seolah-olah memberontak untuk menukar diri sesempoi kasyah atau sifatnya yang suci terhadap cintanya terhadap ayu.. tetapi, walau bagaimana kuat pun kehendak hati, hidup perlu berlandaskan diri sendiri.. itu, jiwa ragaku sendiri akui..

baiklah, ini adalah kisah benar, dimana bukan karya sesiapa, tetapi karya hidup aku sendiri.. minggu lepas, aku bekerja dengan baik sekali, alhamdullilah, kini, aku seolah-olah menjadi operator kantin pula, mana tidaknya,daripada setting, rasa makanan hinggalah melayan seribu satu kerenah para guru semuanya terletak di atas pundak aku. bersyukur juga, dibantu dengan rakan-rakan yang lain, sekurangnya, beban aku tidaklah terasa sangat.

apabila menjadi begini, aku tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri, selagi aku termampu untuk memuaskan hati semua orang, aku akan pastikan semua orang puas hati dengan layanan yang diberikan. tidak kira lah yang kompelin itu datang dari ibu bapa, para guru mahupun student tingkatan 1.. perkara ini juga sedikit sebanyak mengajar aku erti bertanggungjawab, dan lebih untuk menjadikan setiap perkara yang aku buat perlu sempurna untuk mengelakkan ada yang berasa tidak puas hati.. dan akau berasa sungguh seronok melayan semua pelanggan dengan senang hati.. penat, sudah tidak menjadi halangan untuk aku terus melangkah melaksanakan tugas, seperti kata pepatah, alah biasa tegal biasa..

dikala ini aku semakin berimpian, impian untuk berniaga dengan mengeluarkan modal sendiri ada dalam perancangan ku dan kini aku semakin galak mengorak langkah untuk menjadi seorang peniaga aiskrim goreng, atau tidak keterlaluan aku katakan untuk menjadi usahawan aiskrim goreng. jadual hidupku sudaha aku atur seabaik mungkin dimana diwaktu siang aku akan bekerja dan diwaktu malam aku akan berniaga aiskrm goreng dirumahku. eksperimen untuk mencantikkan struktur aiskrim goreng telah diuji, dan hasilnya, berjaya.. sekarang aku sedang tunggu kelulusan dari kedai elektronik kawanku untuk meluluskan pembelian sebuah peti ais 150Liter.. kredit kepada si bro berscouter pink kerana memboncengkan aku ke wangsa maju mencari peti ais.. thanks bro!

terima kasih juga kepada cikgu wan azura, malini, si fatin amirah dan farah di atas kebenaaran menggunakan nama INOKREAT untuk produk aiskrim goreng yang bakal aku keluarkan. dan kini aku hanya mampu berdoa agar segala keringat yang menitis menadapat keredhaan Allah dan semoga aku tidak dipesongkan hati menjadi takbur dan bongkak andai kata rezeki menyebelahiku suatu hari nanti.. amin..

You Might Also Like

0 Komen