kerja.. kerja.. kerja...
10:28 PMhari ini bermulalah rutin baru bagi aku.. rutin baru di tahun baru 2011.. bermula jam 5.45 pagi aku sudah perlu membuka mata walaupun aku rasakan bahawa waktu itu adalah waktu yang sangat awal untuk aku bangun, apatah lagi malam semalam asyik melayan cerita devdas di saluran 108.. akibatnya, mata seakan digam dengan gam UHU.. sudahlah bangun awal, kemudian bila masa untuk mandi, kena beratur lagi dengan ayah dan adik ku yang masing-masing nak pergi ketempat kerja dan kesekolah.. nasib baik lah mengenangkan ke tempat kerja ada yang datang menjemput menaiki scouter pink, jadi tidaklah gabra sangat..
sampai ketempat kerja lagi beberapa minit pukul 7pg.. hati berdebar lagi nih, maklumlah first day kerja tambahan pula bekerja di tempat yang semua orang kenal. terpaksalah tebalkan muka buat 2 3 hari ini... pack hour adalah apabila ramai 'customer' datang menyerbu kaunter makanan.. adoyai.. berebut-rebut.. tapi nasib baik keadaan terkawal, jadi tidak lah kelam kabut..
yang lawaknya, ada juga 'customer' yang nak bersalam la dengan aku, mana lagi aku nak kira duit nak bersalam lagi, haru betul.. ada pulak dari jauh dah jerit nama aku.. wah-wah dah macam artis dah aku hari ni, kurang tak ada yang bawa kamera jer nak tangkap gambar dengan aku.. ahahah..
member yang naik scouter pink dari jauh pun tak larat nak layan 'customer' yang berpusu-pusu nak beli minuman.. nasib ko lah labu.. walau bagaimanapun, kehidupan sebagai orang baru tidaklah seteruk mana, masih boleh tersenyum dan yang paling penting, walau apa pun yang terjadi, azam perlu kuat sebab dengan duit gaji ni lah aku nak beli laptop dan ambil lesen.. nak buat simpanan masuk universiti lagi.. harap-harap jadi kenyataan..
0 Komen