menggapai sebuah impian
9:33 PMrupanya bukan senang untuk berimpian.. untuk ujian yang pertama sebagai seorang peniaga, terpaksa mengharung pelbagai dugaan dan cabaran.. tapi alhamdulilah, tanpa cabaran dan dugaan seakan tidak cukup rasa rempah seorang yang berimpian. kelulusan untuk membeli sebuah peti ais 150 L dari kedai elektronik kawanku tidak diluluskan. alasan mereka basic aku tidak cukup kukuh. bak kata imran, kawanku dah menjadi musuhku.. haha. aku hanya tergelak. mungkin tiada rezeki. tapi itu bukan pengakhirannya, hakikatnya, selagi mimpi tidak menjadi kenyataan selagi itu aku tidak akan berhenti mengalah dan akan terus berusaha.. setelah mendapat panggilan khamis lepas oleh ajen mereka, otak aku terus ligat berfikir dimana aku boleh dapat peti sejuk yang mampu memuatkan produk niaga ku dengan ansuran yang murah so, aku mampu untuk bayar setiap bulan. fikir punya fikir baru aku ingat yang family ku ni memang pelanggan setia barangan SINGER. jadi tanpa membuang masa, aku terus suruh mak aku untuk telefon ejen singer ni yang namanya david. dan keesokkan harinya dalam pukul 6 ptg selepas aku balik dari kerja, aku pun mula berurusan dengan david ni. bincang punya bincang, aku pun setuju untuk angkat sebuah peti ais 22o L selebar 3 kaki. harganya RM1310 cash tapi tak mampu la aku nak bayar cash kan, so, aku decide tok bayar 6 kali dengan monthly RM240 tapi tok first payment mak aku cakap dia nak support half.. fuh, lega aku..
jadi Insya Allah kalau tiada aral melintang, next week boleh lah start meniaga. itu pun kalau tiada sebarang halangan la, dan aku berharap kali ini tiada sebarang halangan. sekarang ini di samping aku kerja disiang hari, waktu malam aku padatkan urusan ku dengan mengatur sekali lagi bajet dan membuat promosi rumah ke rumah. aku rasa promosi kali ini perlu dibuat besar besaran, kalau dulu promosi aku hanya melibatkan dua buah blok perumahan sahaja, namun kali ini aku mesti buat promosi ke empat-empat blok perumahan yang ada. kalau diikutkan perkiraan aku lebih kurang 256 buah rumah. promosi aku adalah berkisar kepada agihan flyers dan aku rancang untuk membuat banner untuk aku tampalkan dihadapan rumah aku. setakat ini aku turut mengintai intai ruang perniagaan di asrama kompleks seri bintang under cikgu shukry dan juga di koperasi VI under pn azura...
ok, itu sahaja cerita tentang rancangan aiskrim goreng ku, sekarang ini aku juga sedang dilema untuk memilih jurusan apa untuk aku muatkan dalam borang UPU aku. walaupun dan 2 minggu dibuka, tapi aku seakan akan takut untuk membuka, dan sampai sekarang aku masih lagi di membuka laman web tersebut untuk mengisi borang UPU.. mungkin di lain masa barulah aku buka laman web tersebut, tapi yang nyata bukan sekarang..
tentang kerja?.. semakin bagus semakin rapat dengan rakan sekerja dan cuba untuk mengelakkan daripada customer kompelin macam-macam. walau bagaimanapun, aku dan yang lain sentiasa melakukan pembaharuan demi pembaharuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami. go laz tqa services!!!
selagi keputusan STPM tidak keluar selagi itulah hati aku tidak tenang setiap kali memikirkan tentang perkara itu, dan aku sekali lagi tidak mengharapkan tinggi, cukuplah jika apa yang aku usahakan mendapat balasan yang setimpal, cuma satu yang aku harapkan, kalau ditakdirkan aku gagal aku sangat sangat berharap agar Allah menguatkan diri ini agar tidak melakukan sesuatu perkara yang bodoh..
0 Komen