soal hati

ramai yang bertanya aku soal hati.. kata mereka, mustahil aku masih tiada seseorang yang istimewa dalam hati. emak aku pun sudah banyak kali...

ramai yang bertanya aku soal hati.. kata mereka, mustahil aku masih tiada seseorang yang istimewa dalam hati. emak aku pun sudah banyak kali tanya, walau dalam nada yang bergurau aku tahu, dia cuba untuk mencungkil rahsia hati anak dia ini. kalau abang aku, bukan sahaja kenal malah mak pun dah bercakap dengan teman istimewa abang aku tuh. entah lah, buat masa sekarang memang aku tidak mahu memikirkan hal yang berkaitan dengan cinta..

tipu lah kiranya, kalau tiada sekelumit pun dalam hati ini keinginan untuk mempunyai seseorang yang istimewa tetapi hati seakan-akan meletakkan tanda waspada takut pisang berbuah dua kali.. dan yang selebihnya, aku mahu mengejar cita2 yang tinggi menggunung... mungkin lagi 5 tahun baru fikir agaknya..

You Might Also Like

0 Komen