buat si tiga abdul
10:26 PMtahniah buat rakan-rakan sekelas yang telah bersusah payah untuk mengharumkan nama sekolah di pertandingan KLWMBC yang berlansung selama seminggu (lebih kurang) di stadium bola sepak cheras. pertama sekali hati rasa terkilan kerana tidak hadir menyaksikan pertandingan tersebut untuk pertandingan akhir. aku tahu si tiga abdul ini mungkin terasa atau kecik hati dengan aku. apatah lagi si fatin amirah dan juga si farah amani tidak dapat hadir sekali. maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. soalnya, bukan tidak mahu pergi tetapi tarikh tersebut secara totalnya bercanggah dengan tarikh jamuan untuk pelajar asrama f5 dan juga f6. secara jujurnya aku memang tersepit antara dua majlis tersebut. jika ditakdirkan ada sayap, mungkin kedua-dua majlis tersebut akan aku hadiri..maaf sekali lagi..
bercerita mengenai si tiga abdul ini, perlbagai kenangan tercipta, apatah lagi semenjak mereka bertiga menjadi sebahagian daripada keluarga kecil U6A2, kelas kami tidak kering dengan keletah dan juga gelak ketawa yang menyerikan hari-hari di dalam kelas itu. si Abdullah Imran dengan ceritanya yang tak pernah habis, berkongsi segala cerita yang ada, membuatkan kami tiada masa untuk memikirkan perkara lain selain mendengar dia bercerita. kadangkala, dia seringkali menyulam cerita dengan teletah yang melucukan, membuatkan kami tidak kering gusi.. si huzaimi pula, kalau tidak datang dengan membawa bungkusan McD setiap pagi memang tidak sah. itulah tabiatnya, kadangkala aku kirim juga kalau dia singgah ke McD untunk membeli breakfast disana. kemudian hidupnya akan disulami dengan belajar akaun setiap masa tidak pun tidur sepanjang masa. kadangkala kalau sudah membuka mulut, lagaknya tidak kurang sama macam si abdullah imran. sorang lagi adalah si idzrul syaffiq, manusia ini lagaknya macam biskut, sekejap ada sekejap tiada, alasannya, selalu terbabas di awal pagi, alang-alang mengantuk biar ponteng terus. haha, tapi yang menariknya adalah perwatakkan nya yang cool, tidak banyak bercakap hanya banyak meneliti dengan ipod tersumbat di telinga.
tiga minggu mereka menjadi penghuni di bilik BO22, membuatkan aku mengenali mereka dengan lebih dekat lagi, mana tidaknya, rupanya si huzaimi yang nampak pendiam agak bising juga dengan suka membuat muka dan si idzrul aku pasti sesuatu yang bernilai ada didalam dirinya.. dalam diam aku meneliti satu persatu, siapa kata budak band tidak berguna, yang dilihat manusia yang suka memburukkan mereka hanya sebahagian sisi kehidupan mereka sahaja, hakikatnya mereka adalah insan yang sangat suci dengan nilai persahabatan. bagi mereka duit boelh dicari tetapi hilang seorang sahabat tidak bermakna lagi kehidupan ini.. sesuatu yang menakjubkan adalah perubahan diri mereka, aku berbangga, jika dahulu siapa yang tidak kenal dengan mereka sebut sahaja salah sorang dari mereka pasti akan ada yang mengecop mereka sebagai manusia paling kejam dan sebagainya..
aku hanya mampu tersenyum apabila cerita-cerita kurang enak seringkali menjadi halwa telinga aku, ramai yang pada awalnya terkejut apabila mereka menjadi kawanku. aku hanya mampu mendengar cerita mereka dan jauh disudut hati ini, aku mengucap syukur kerana cerita-cerita kurang enak itu lansung tidak menjejaskan perasaan menjadi kawan kepada tiga orang budak band yang kejam ini.dan akhirnya cerita kurang enak itu bertukar rentak apabila mereka bertiga betul-betul berubah, dalam diam aku bangga.. dan siapa kata takkan hilang bisa ular menyusur akar?..
dan sekarang, masing-masing sudah memabawa haluan sendiri, aku yang memlilih jalan ini, mereka bertiga masih tetap bersama menjadi sahabat hingga ke akhir hayat, doa dan harapan sentiasa mengiringi setiap jalan yang kalian lalui.. panjang umur pasti kita akan berjumpa lagi dengan kejayaan ditangan..
0 Komen