pisisan terakhir buat 30 jiwa,30 hati

perpisahan bukanlah suatu pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan bagi suatu kehidupan yang baru..semalam merupakan hari terakhir bersam...

perpisahan bukanlah suatu pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan bagi suatu kehidupan yang baru..semalam merupakan hari terakhir bersama-sama rakan yang berada di asrama VI. begitu cepat masa berlalu, seakan baru semalam aku memulakan perkenalan dengan mereka semua, seakan baru semalam aku menghulurkan tangan untuk memulakan perkenalan tetapi sekarang tangan sekali lagi dihulur tanda perpisahan, seakan baru semalam kami bersama-sama berkongsi cerita tentang masa depan,tentang suka dan duka, seakan baru semalam kami keluar bersama menelusuri setiap inci kota bandar, melihat keindahan malam bersama di sekita BB, ke Chow Kit bersama, ke sanpeng bersama, ke masjid bersama setiap malam jumaat bersama menitiskan airmata bermunajat kepada tuhan yang Esa.. seakan baru semalam kami berselisih pendapat, menegakkan pendapat sendiri yang sentiasa betul, bergurau, mengejek antara satu sama lain.. ya, segalanya seakan baru semalam..

hari ini.. perkara yang seakan semalam itu, telah pun menjadi kenangan, dilipat dalam kotak ingatan, disimpan baik, kukuh jauh disudut hati, dikunci rapat-rapat dan kuncinya dibuang jauh-jauh supaya segala ingatan yang disimpan itu tidak akan dapat dibuka lagi buat selama-lamanya..

semalam adalah antara detik yang paling indah dalam kenangan 30 orang sahabat yang hidup bersama. Sunway Lagoon dan Tasik Idaman menjadi saksi bagi satu picisan kenangan buat kali terakhir. kedengaran kelakar apabila tiada jamuan hebat di hotel 5 bintang bagi meraikan perpisahan sejati ini, tetapi tiada satu pun yang dapat sangkal bukan status hebat yang diminta dari perpisahan ini, ia hanyalah satu perpisahan mahukan gelak ketawa. dan itulah yang kami mahukan. bergurau senda bermain air, gelongsor, mencuci mata di sunway lagoon adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan. penat bermain air, Tasik Idaman menjadi destinasi mengalas perut, dengan angin tasik yang lembut dan perut yang berkeroncong siakap tiga rasa, tomyam, kailan ikan masin dan telur dadar membuatkan kami lupa diri sebentar.. haha.

berhibur pula dengan telatah kawan-kawan yang panas menghangat kan pentas Tasik Idaman, malam tersebut sungguh cepat berlalu.... dan malam itu, dengan iringan doa perpisahan, kami berpelukan, ada yang menitiskan air mata seakan tidak rela berjauhan, ada juga yang menahan air mata supaya tidak ditunjuk dalam hati ada cinta buat teman, tetapi satu yang pasti walau mengalir airmata ataupun tidak, perpisahan adalah perkara yang akan juga terjadi.. dan ternyata, pusingan dunia yang meletakkan perpisahan sebagai lumrah kehidupan telah memisah kan 30 jiwa dan 30 hati..

buat teman.. buat rakan
walau berjauh berbatu.. walau terpisah berkurun, berabad.. sentiasalah ingat, bahawa dalam setiap hati kita, kita berkongsi satu rasa satu kenangan.. gambar akan hilang, suara akan hilang, manusia akan mati, tetapi kenagan tidak akan pernah hilang selagi hati tidak membenarkan.. buat semua, jadilah diri sebenar, kejarlah cita-cita, hangatkan setiap lembaran baru dengan perkara yang bermakna, jangan sia-siakan kehidupan dan detik yang hanya sekali datang dalam hidup ini, berseronoklah dengan landasan yang betul, bermunajatlah dengan Tuhan yang Esa, semoga kita semua menjadi manusia berguna bukan sekadar di dunia tetapi diakhirat kelak.. doa aku sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.. jaga diri..

You Might Also Like

0 Komen