aku mencoret

alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaanya dapat juga aku sempurnakan sesuatu yang aku anggap adalah perkara...

alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaanya dapat juga aku sempurnakan sesuatu yang aku anggap adalah perkara yang sangat penting dalam hidup aku, mungkin juga ini adalah perkara yang menentukan sejauh mana kesungguhanku untuk membuktikan kehebatan diri sendiri. sudah lama aku tidak mengupdated blog aku ni. banyak faktor salah satunya adalah kerana kesibukan yang membataskan diri untuk pergi ke cc mengupdated blog. perjuangan selama 7 tahun berakhir pada tanggal 15hb disember.. alhamdulilah, aku angap ini adalah satu pengakhiran yang baik bagi satu permualaan yang sedikit hambar pada awalnya dahulu. apa yang boleh aku buat sekarang ini adalah bermunajat kepada tuhan yang Maha Esa memohon diampunkan dosa dan supaya dikurniakan pemeriksa yang lembut hati ketika menanda kertas peperiksaan aku dan kawan-kawan lain. tiada apa yang lebih bermakna didalam hidup ini selain daripada menghadiahkan kejayaan yang cemerlang buat ibu bapa yang tercinta. selama menduduki pelbagai jenis peperiksaan umum, kerap kali mengecewakan orang tua dengan keputusan yang kurang memberangsangkan.Jadi untuk kali yang terakhir ini, aku ,meletakkan usaha yang maksimum supaya apa yang bakal ku terima kelak berbaloi dengan usaha, walaubagaimanapun, segalanya ku serahkan juga pada yang Maha Kuasa...

sekarang ini, untuk tempoh tujuh bulan sebelum diterima masuk kemana-mana IPTA, aku perlu berusaha mengimbangkan kewangan kerana tuntutan dunia yang meletakkan duit sebagi syarat utama untuk terus berdiri, jadi kesempatan ini aku gunakan sebaik mungkin untuk mencari rezeki. alhamdulilah.. kerja sudah diperolehi, terima kasih kepada abang long yang beriya-iya mahu aku menjadi pembantunya di kantin sekolah untuk menjaga hal-hal kewangan, terima kasih keran mempercayai aku. kalau nak diikutkan perasaan malu sebab akan bertemu dengan junior2 dan cikgu2 memang lah malu tapi kalau nak difikirkan sangat perasaan malu tu sampai bila-bila pun aku tak kan dapat kerja. gaji pun boleh tahan pengangkutan pun senang nak cari, jadi singkirkan perasaan malu jauh-jauh dan maju kehadapan!

pelbagai kenangan telah tercipta sepanjang 1 tahun setengah di SMK VICTORIA, baik kenangan gembira,duka semua nya pun ada. cukup rasa, sesekali fikir bagus juga ada pelbagai kenangan ini, sebabnya dengan kenangan dan pengalaman inilah sedikit sebanyak telah mengajar aku tentang erti kedewasaan dan erti kematangan yang sebenar. melayan pelbagai kerenah rakan-rakan dan bergelak ketawa bersama mereka merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin aku dapat lupakan. sebenanrya hajat di hati mahu merakamkan semua criteria sepanjang berada di VI di dalam blog ini untuk tatapan semua, tapi apakan daya, dengan pelbagai kekurangan dan faktor penolak menjadikan ianya sesuatu yang agak mustahil untuk di laksanakan. tetapi insya Allah kalau diizinkan Allah, pasti akan ada juga nanti.. jadi bersabarlah yer..

jadi tahun hadapan aku akan berumur 20 tahun, sekejap jer, dalam tempoh 7 tahun lagi boleh lah kahwin.. haha. insya Allah kalau dipanjangkan umur dan kalau waktu itu jodoh sudah sampai, tapi masalahnya, sampai sekarang pun masih tidak berpunya?.... haha, takper lah mungkin jodoh ada di universiti nanti takpun masa alam kerjaya nanti, alah kalau tak ada pun susah susah sangat suruh mak dengan tok jer carikan, biarlah bercinta lepas kahwin pun.. haha. berangan jer..

sekarang aku perlu tetapkan matlamat baharu, untuk kehidupan dewasa.. kepada semua rakan-rakan, menjadi perkara biasa kalau lost contact selepas ini, sebabnya setiap orang pun ada kehidupan masing-masing dan ada cita-cita yang perlu dikejar, aku sentiasa percaya perpisahan itu adalah permulaan bagi sesuatu yang baru.. jadi selamat berjaya semua rakan-rakan.. semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati Allah.. amin..


You Might Also Like

1 Komen