masa lapang

mimpi baik saya semalam mimpi bulan jatuh ke riba... lima hari sudah cuti berlalu, aku mengisi masa lapang dengan membaca novel-novel melayu...

mimpi baik saya semalam
mimpi bulan jatuh ke riba...
lima hari sudah cuti berlalu, aku mengisi masa lapang dengan membaca novel-novel melayu karangan penulis tempatan. tidak ketinggalan juga menolong 'membersihkan rumah' terutama bilik aku yang sudah bersawang, membasuh semua baju-baju yang sudah lama tak dipakai, yang semestinya berbau hapak dalam almari.. dah macam kedai dobi rumah aku sejak aku cuti ini. aku betah menolong membuat kerja yang sepatutnya orang perempuan buat. apa nak buat orang perempuan yang ada dalam rumah ini mak aku sorang saja. nak diharapkan adik aku yang sorang tu, basuh pinggan sebiji pun masih tidak reti.. jadi tidak salah kan aku jadi seorang lelaki yang fleksibel, mampu membuat semua perkerjaan walaupun kerja-kerja itu selalunya perempuan yang buat.. inilah baru dinamakan berdikari..
sesekali bila aku terfikir tentang perjalanan hidup aku, aku rasakan ia masih panjang lagi, tetapi kadang-kadang aku fikir umur ini semakin pendek untuk mengejar semua cita-cita. 2009 merupakan penutup kepada tahun ke-6 aku di sekolah menengah. masih ada setahun lagi buat diri aku untuk membuktikan bahawa aku mampu berjaya. selepas 2010,peluang untuk membuktikannya sudah tertutup.. aku masih yakin dan percaya pada kemampuan diri aku, insya Allah asal ada usaha, pasti berjaya.
hari raya qurban sudah semakin hampir.. teringat cerita tentang raya qurban ini.. inilah sebenarnya raya bagi seluruh muslim seluruh dunia. bila meneliti semua kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, satu perasaan insaf menusup masuk kedalam kalbu. itulah yang dikatakan korban yang sebenar.. perancangan bagi raya ini, mudah sahaja aku akan balik ke Rembau pada pagi raya. dan sebelah malam raya berkumpul sanak saudara di sebelah ayah aku di Rembau..
aku juga tidak terlalu fikirkan tentang berseronok pada cuti ini.. apa yang aku fikir adalah kumpul duit dengan bekerja sebagai persiapan untuk masuk sekolah tahun depan. gerun bila memikirkan pelbagai belanja untuk tahun depan. manakan dengan bukunya lagi, dengan segala macam yurannya lagi.. tapi takpa kerja sudah ada, tinggal nak buat sahaja.. harap cukup untuk menampung perbelanjaan tahun hadapan..
p/s sekadar mengisi masa lapang juga..

You Might Also Like

0 Komen