kak long dan abang long!

kalau syurga itu diwajahmu mahu kusimpan di dalam hati... Semalam aku ada catering. Aku seronok bila bekerja tapi, penat dia Tuhan sahaja ya...

kalau syurga itu diwajahmu
mahu kusimpan di dalam hati...

Semalam aku ada catering. Aku seronok bila bekerja tapi, penat dia Tuhan sahaja yang tahu. Tapi alhamdulilah, bekerja dengan majikan yang sangat memahami macam kak long dan abang long memang menyenangkan. Apatah lagi mereka berdua sangat2 la sporting dan bila bersembang sambil buat kerja, segala macam penat itu seakan terbang ,melayang entah kemana. Tempatnya adalah di Wisma Tun Sambathan. Kami perlu serve untuk breakfast,lunch dan juga tea break. Nak dijadikan cerita, waktu lunch tu, makanan lewat sampai dalam 15 minit. Sebabnya gap antara breakfast dan lunch tu cepat sangat, dalam 1jam. Jadi manakan lagi, kak long dan abang long nak berkejar ambil lunch lepas tu kami yang tinggal ni nak basuh pinggan, kemaskan meja, bila tengah basuh pinggan air pula tak ada. Tak ker haru?! Yang si ciput dengan paan boleh wat cool pulak, aku memang dah panas punggung.. memang berat.. orang yang keluar dari dewan tu asyik jelling-jeling aja kami.. argh.. wat bodoh sudah..


Bila lunch sampai jer, terkocoh-kocoh la kami angkut semua barang, setup meja tuang semua lauk.. haha. Memang agak kelam kabut. Ada pula, makcik-makcik dan akak-akak yang baik hati memberikan komen yang cukup ‘memberansangkan’ atas kerja kami. Terima kasih banyak2!!.. yang abang long pula dapat nasihat khas dari seorang makcik ni.. dia kompelin macam-macam.. dia suruh buat 2 line la sebab orang terlalu ramai,macam-macam la. Sebenarnya, kami memang buat dua line tempat makan, masalahnya order makan untuk 350orang tapi yang datang 420orang. So, siapakah yang bersalah?.. yang lawaknya, di penghabisan lunch, makcik yang komen tu yang dok perabih semua lauk yang berbaki. Orang lain sibuk dah nak masuk dewan balik, dia dok bungkus lauk2.. abis dia kebas la, karipap, seri muka, telur mata (nak buat sweet sour katanya) padahal malas nak masak.. haha. Ish tak baik betul aku ni..


Lepas jer lunch keadaan kembali normal, so dengan pantasnya, aku,ciput dengan paan settle kan meja, basuh cawan pula untuk tea break. Yang time tea break tu, berjalan dengan lancar. Aku ngan paan memang servekan untuk vip.. nak suruh ciput, belum apa-apa lagi dah sejuk tapak tangan. Lepas aja tea break kami pun pack la semua barang untuk pulang.. makanan yang lebih-lebih lepas tea break tu disedekahkan kepad yang mana ada. Aku sempat la promote team penangga aku kat seorang makcik ni kebetulan dia selalu buat function tapi takada orang yang nak membantu. Alhamdulilah, minta-minta Allah murahkan rezeki kami.. amin…


Yang bestnya, malam tu, kak long dengan abang long belanja kami makan western food kat shah alam. Restoran wak dol kopitiam,menjadi pilihan. Rupa-rupanya, restoran tu memang dimiliki oleh kak long. Adooii, haha. Kak long ngan abang long ni memang bagus, tak lokek dan menjaga kebajikan pekerja. Tengah kami makan dia boleh telefon pekerja dia yang kat dewan makan asrama tu Tanya nak western food ke taknak. Malam itu aku makan mixed grill,ciput ngan paan makan lamb chop. Fuh memang kenyang! Kira berbaloi la penat di siang hari!.. + pula dengan upah yang diberi…


Sampai aja Sodri’s Hotel (haha) pintu pula berkunci, telefon cikgu, dia kat luar so, aku ciput dengan paan pula kekah la durian yang ada (ciput amik kat dewan makan) habis makan durian kat luar disebabkan cikgu tak balik lagi, panjang la langkah kami.. cc sudey.. haha pukul 2 baru balik dan tidor..

p/s: duit.... duit...







You Might Also Like

0 Komen