aku mencoret
makan malam asrama victoria 09
12:07 AMJikalau harimau tuanya kucing
Mengapa kucing segankan tikus..
SUPERB! HAPPENING! HEBAT!..
Tidak terniat dihati mahu memuji segala apa yang berlaku malam itu, tetapi ternyata kolobrasi penghuni asrama bagi menjayakan majlis pada malam itu sangat-sangat mengagumkan. Apatah lagi semua perancangan berjalan dengan lancar serta kehadiran ibu bapa yang diluar jangkaan sekali lagi membuatkan kami semua gembira.. tidak lah seperti majlis dulu-dulu, dimana kehadiran ibu bapa boleh dikira dengan jari sahaja.. sebelum hari majlis itu, kami dihimpunkan di blok B, yang menyertai perhimpunan itu adalah pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 6. Walaupun pelajar tingkatan 3 dan 6 hanya seorang tapi kira hadir la kan.. haha. Kami semua dihimpunkan oleh coach Zul dan ustaz azim lebih kurang pukul 12tgh malam.. tidak banyak yang diperkatakan, Cuma mengingatkan kami tentang majlis yang bakal di laksanakan pada keesokkan harinya. Disitu, apa yang ditekankan adalah sikap KERJASAMA dan BANTU MEMBANTU!
Keesokkan harinya,tepat jam 10.30 pg semua penghuni kecuali tingkatan 5 berkumpul di Dewan Warisan untuk bersama-sama bergotong royong menyusun atur segala meja,kerusi,alas meja dan sebagainya untuk majlis pada malam itu. Bukan itu sahaja, pembahagian tugas juga dilakukan. Ada yang bersihkan kipas angin, ada yang mop lantai, sapu sampah, naikkan backdrop,hias tangga, alihkan piano daan sebaginya. Bagi aku, pai, ali dan ramdan yang perlu serve vvip malam itu, kami terpaksa menolong menghias meja vvip, susun semua peralatan makan atas meja serta mengadakan sedikit diskusi berkenaan dengan bagaimana cara untuk serve vvip memandangkan ini merupakan kali pertama buat kami berempat. Jam 6 ptg baru semuanya siap, so aku pun balik ke asrama untuk tukar baju dan bersiap-siap ke dewan selepas maghrib..
Hati aku berdebar bagai nak pecah dada. Tangan sejuk pegang gelas macam tak pegang.. haha. Parent aku datang dengan adik aku.. tapi sorry sangat-sangat sebab tak dapat layan mak dengan ayah dengan baik sebab sibuk melayan vvip.. menu malam itu,fuh! Bikin kecur wa cakap.. set nasi minyak dengan udang berempah, ayam golek, kambing golek,dan abc.. memang best! Bercakap soal menghidangkan makanan untuk vvip, fuh agak penat,mana taknya meja vvip ada 6 pelayan ada 4.. tak cukup tapi nasi baik discover oleh makmah and the geng.. selamat.. haha.
Pembukaan majlis adalah dengan tarian.. tarian daripada pelajar tingkatan 4. Memang menarik dan sangat-sangat menerujakan! Mendapat tepukan gemuruh.. bagi aku, satu pembukaan yang sangat happening! Selepas itu persembahan nyanyian oleh taufiq aka wak, persembahan piano dari amirul aka ayul dan juga persembahan nyanyian oleh penyanyi cilik bernama jamilah.. kalau aku tak silap la..
Kolaborasi penyampaian atau mc oleh coach Zul banyak membantu memeriahkan majlis pada malam itu. Coach memang hebat! Semua orang enjoy dengan telatah bersahaja yang dipamerkan oleh beliau.. tak ketinggalan, terima kasih banyak-banyak kepada coach yang Berjaya menarik saya utuk menyanyi dengan suara yang sangat-sangat tak sedap ini.. arghhh.. balun sahajalah labu.. ku bina mahligai dari airmata oleh lestari dinyanyikan oleh aku pada malam itu.. kalau bukan sebab di paksa, aku takkan sesekali menyanyi! Haha.. yang bestnya adalah part karaoke.. baru aku tahu, sebenarnya disebalik semua yang terhidang dihadapan mata aku, masih ada yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk sebuah keluarga.. iye.. tengok sahaja keadan di Victoria.. apa yang aku nak katakan bahawa keluarga asrama victoria sebenarnya adalah sebuah keluarga yang hebat walaupun dihuni oleh pelajar lelaki. Mereka support each other.. dan kami memang sebuah keluarga! Terima kasih, pada yang join aku nyanyi malam tu.. haha
Malam itu, semuanya berjalan dengan lancar. Mendapat pujian daripada Pn azizah, Pn Zarina dan Tuan Syed.. memang diluar jangkaan.. aku dapat lihat rasa puas di balik wajah ketua warden kami.. mungkin ini merupakan hadiah perpisahan khas buat semua warden dan Coach Zul.. dan aku?... walaupun penat + perut kosong + penuh dengan abc jer = aku puas, gembira dan ini merupakan penutup yang gembira buat tahun 2009!

2 Komen