tidak akan pernah..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Bertemu tanpa wajah berbicara tanpa suara. Alhamdulilah, sebenarnya sudah 3 minggu aku sampai k...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Bertemu tanpa wajah berbicara tanpa suara.
Alhamdulilah, sebenarnya sudah 3 minggu aku sampai ke rumah ku.
Ibarat kata rumahku syurgaku,
Ya, biadalan yang sangat tepat sekali.
Apatah lagi setelah enam bulan aku tidak balik,
Terasa rindu yang menggunung telah pun terhapus.

Terlalu banyak cerita yang ingin aku ceritakan disini.
Cerita yang penuh dengan suka, suka dan suka.
Kenapa tiada duka?
Ouh, duka telah  bertukar duka, dan duka bukan cerita yang enak untuk di ceritakan.
Tak gitu?

Baiklah, aku mula satu persatu.
Bermula dengan cerita apabila 2 paper killer ku yang terakhir telah pun habis.
Terasa sangat tenang
Dan semacam perasaan yang sukar untuk digambarkan
Adakalanya terasa lega seperti baru habis akad nikah.
Yang pasti lega yang teramat sangat! Puas! Dan semestinya seusai sahaja paper
Persejarahan Malaysia dan Teknik Teknik Geografi pada hari yang sama,
Keesokannya kami para bakal guru, terus menyambut hari pelepasan dengan
Agenda yang sangat menyeronokkan.

Siapa sangka, borak kosong tentang BBQ menjadi kenyataan.
Bertempat di rumah Syed Ikhmal Al-Gadrie,
Satu jamuan BBQ kami laksanakan.
Ouh yeah! Party buih katanya tapi penuh dengan adab dan sopan. Ahaks
Siapa sangka Syed ada sebuah rumah yang sangat lapang dengan halaman,
Dan semestinya sebuah keluarga yang sangat sporting dan pastinya juga
Dengan si Jimba yanga ku selalu sebut sebagai JIMBAM!
Si kucing parsi yang piatu. Huhu.

Habis sahaja BBQ di rumah syed kami lanjutkan pula
Dengan hanging out memalam buta sekitar Penang
Dan berakhir nya marathon jejalan kami di QueensBay.
Di QB kami pekena pula laksa Kuala dan juga setin Pepsi sorang satu.

Kesengalan, kegembiraan, kesungguhan, kekecohan dan semua ke ke –an
Kami kumpulkan kedalam satu memori yang cukup indah sekali.
Aku sebagai aku merasakan bahawa kami cukup rapat
Kami saling bergantung antara satu sama lain
 Kami juga merupakan satu clique yang di mana, mungkin orang lain cemburu.
Tetapi kami bukan meminggirkan sesiapa Cuma kami rapat
Dan saling merapat.
Sebenarnya hari itu adalah pembungkus bagi sem 3 di usm
Bersama bakal-bakal cikgu yang gila dan GILA!

Habis sahaja BBQ aku lencongkan langkahku terus ke Melaka.
Bandaraya bersejarah yang memang sangat bersejarah
Terasa begitu excited ke sana
Bukan apa selalunya kalau aku pergi ke sana
Mesti ada seminar atau pun kerja jadi peluang untuk
Melancong berjalan di sekitar bandaraya Melaka tidak berkesempatan.
 Tetapi sebenarnya memang aku ada seminar pun di Melaka
 Cumanya aku pergi awal sehari untuk berjalan jalan di sana
Kebetulan pula exco exco aku macam radi, hasan, khidir dan safi orang Melaka
Diorang la yang bawa aku meronda sekitar Melaka.

Alhamdulilah, meronda di Melaka memang seronok
Bukan apa, banyak tempat sejarah oleh dilewaati
Aku rasa sangat puas ke Melaka kali ni
Tapi rasa tak sabar nak balik ke kuala lumpur pun ada juga.

Habis sahaja seminar, aku terus balik kuala Lumpur
Esoknya aku terus kerja.
Kali ini aku tak kerja lagi dengan Wakdol tetapi
Aku sewa tapak kat kantin VI untuk meniaga sendiri
Alhamdulilah, sekarang ini pun aku masih lagi di VI
Bekerja bukan kerana tamakkan duit tetapi kerana aku tahu
Aku memerlukannya saat aku perlukannya.

Kalau anak orang kaya, mungkin lebih senang duduk dirumah
Goyang kaki sambil makan kacang depan TV
Sambil nonton asotro Beyond.
Nak keluar, minta aja dari Parents, 50 yang diminta, 200 yang dapat
Kelihatan enak bukan?

Itu dinamakan rezeki  masing-masing.
Aku tidak kisah, tidak perlu meminta minta,
Kalau ada kita buat cara ada,
Kalau tiada kita kena la cari bagi ada bukan?

Aku rasa sangat dan sungguh bertuah *unsur lewah
Nasib baik ada Aidid, junior USM yang kebetulan tinggal berdekatan dengan rumah aku.
Ak minta tolong dia menolong aku, aku berikan upah. Alhamdulilah
Sudah Nampak kecerahan kiosk tekun satu hari nanti
Pekerja yang rajin, tapi selalu datang lambat. Haha

Terima kasih juga kepada yang datang melawat
Si hanif  dan si imran.

Cuti semester ini aku banyak membongkar cerita cerita sensasi dirumah
Banyak yang terlepas pandang
Kerana itu, kesempatan yang ada aku hidupakan semula SHASHAKA
Supaya suatu hari nanti ianya akan menjadi perniagaan yang berkembang
Dan terus berkembang untuk generasi akan datang

Perancangan demi perancangan juga aku telah buat.
Perancangan semester 4, perancangan dalam AMWAY
Perancangan SHASHAKA dan perancangan KIOSK Tekun.
Aku perlu kuat untuk menterjemahkan semuanya kedalam bentuk realiti
Aku sedar ramai yang merasa kecewa dan jauh hati dengan aku
Mungkin rasa teraabai
Atau rasa disisihkan atau rasa tidak diperlukan
Kalaulah ukuran itu hanya diukur dengan perhatian ternyata aku memang sahabat yang kejam
Bukan mahu menegakkan benang yang basah
Tetapi cukuplah aku sendiri ketahui, betapa dalamnya kasih buat semua
Doa, doa dan doa sentiasa dipanjatkan supaya semuanya kuat dan berjaya.
Itu sahaja yang mampu aku lakukan buat masa sekarang.

Cita cita dan matlamat harus berjalan seiring
Ibarat manusia dengan bayang bayang
Tidak akan pernah tertinggal kebelakang.
Tidak akan pernah...
Tidak akan pernah..

Sekian. 

You Might Also Like

2 Komen