semester baru

ASSALAMUALAIKUM  alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang menghirup udara segar masih berpelu...


ASSALAMUALAIKUM 

alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang menghirup udara segar
masih berpeluang menjadi khalifah di muka bumi ini, masih berpeluang menhabdikan diri kepada NYA.
alhamdulilah. 

semester baru untuk sidang 12/13 sudah pun dibuka. dan sebenarya akan dibuka secara rasminya pada hari esok. 
pointer untuk sem lepas, ternyata sangat tidak tele dengan usaha yang aku berikan. 
haha, aku yang suka belajar last minute, assg yang prepare last minit,
pun boleh dapat pointer yang aku kira sngat bagus. 2 killer paper yang aku anggarkan 
lulus berbintang pun dapat keputusan yang cemerlang. 
alhamdulilah. berkat doa mak dan ayah di rumah agaknya. 



semestera baru yang dibuka ini aku sudah dapat rasakan bahangnya.
bila semalam aku buat personal time frame untuk sem 4 ini
aku dapat rasakan kepadatan yang terlampau lampu.
aku cuma harap time frame yang aku buat ini aku mampu realisasikan.
no more tidur petang
no more buang masa
no more hang out tak tentu arah
now focus pada yang penting dan yang perlu diberi keutamaan dahulu.

jadual kuliah sem 4 ini pun telah siap.
kursus pun sudah selamat didaftarkan.
cuma rasa terkilan sikit sebab tak ada paper pendidikan yang boleh backup pointer
semua paper yang diambil semuanya paper ilmu kemanusiaan yang hardcore punya susah
baca tajuk course pun dah rasa nak termuntah
macam mana nak menghadap buku buku tu nanti.
tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa,
lama lama ok lah tu kan.
ini semua mainan jiwa je, benda baik mana ada yang senang
tak gitu? ahaks.


rambut dah semakin panjang
kawan kawan cakap jangan potong lagi.
rupa rambut panjang lagi better dari rambut pendek yang ada garisan geometrik tu.
haha.
tapi aku dah semakin semak untuk memikirkan gaya apa yang sesuai setiap pagi.
gaya seorang cikgu memang daripada dulu dah out of list dah
mungkin sem ini kena buat gaya budak seni.
tengoklah nanti.

satu lagi perkembangan yang bagus untuk Shashaka Inokreat adalah
bakal meluaskan pernigaan di German Malaysia Institute Bangi.
baru dapat call semalam dan alhamdulilah, new customer.
aku cuma berharap agar Allah kuniakan rezeki yang halal buat kami sekeluarga
dan supaya pernigaan ini bakal diwarisi dikemudian hari.
harapan aku sangat besar. selain untuk perniagaan AMWAY ku.


You Might Also Like

0 Komen