azam

bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara.. indahnya pertemuan, manisnya perhubungan itu disusuli dengan keikhlasan dan toleransi. alham...

bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara..
indahnya pertemuan,
manisnya perhubungan itu disusuli dengan keikhlasan dan toleransi.
alhamdulilah, pagi pagian ku bangun menghirup udara ciptaan tuhan
mengembangkan peparu dan menghembuskan karbon
seakan tidak parcaya, tahun masihi 2012 sudah hampir ke penghujungnya..
kurang daripada 30 jam, pahit duka, manis masin kenangan 2012 akan bertemu pada noktahnya.

apabila berakhir tahun masihi, berlumba lumba manusia
kiri dan kanan berbicara soal azam. 
azam baru dan azam lama
yang lama masih belum tertunai atau tidak sempat ditunaikan, itu aku tidak tahu
tapi setiap tahun pasti akan ada azam baru yang akan ditulis atau ditampal 
di dinding bilik.
tahun masihi atau tahun islam, bukan soalnya.
bukan pendriminasian terhadap tahun kucuba selak, bergantung pada manusia
tahun belum berakhir juga pasti azam boleh dicipta.
jadi jangan kafirkan manusia dengan azam tahun masihi atau syurgakan manusia 
yang azamnya menggunung di tahun islam. 
rerambut sama hitam, tapi hati lain-lain
biar tuhan sahaja yang tentukan. 

aku timba azam setiap hari
diari ku penuh tertulis dengan azam azam baru yang aku rangka sebelum meniti keesokkan harinya
dalam bus, aku rangka azam
berjalan ke kuliah aku rangka azam
di dalam jamban saat memerut otak ku ligat merangka azam
saat gosok gigi, shampu rambut, mandi, membaca segalanya, aku merangka azam.
azam yang bermacam. 
azam tidak mahu meninggalkan solat
azam mahu menjadi pemimpin yang baik
azam mahu membals jasa dan budi ibu dan ayah
azam mahu menjadi dean list
azam mahu menjadi pegetua jusa C
azam mahu menjadi manusia yang dihormati bukan ditakuti
azam untuk melihat shashaka inokreat ku berjaya
azam mahu meniti kebahagian bersama insan tersayang
dan yang paling penting azam untuk bebas daripada azab Allah
dunia dan akhirat.

kadangkala bermain juga di fikiran ku,
manusia yang kata mereka tiada masalah.
aku rasa manusia yang tiada masalah lah yang bermasalah. 
sekian. tinta dari 6-37

You Might Also Like

0 Komen