pemusnah cara

assalamualaikum.. alhamdulilah, dikesempatan yang sungguh bermakna ini tiada kata lain yang mampu aku ucap selain dari ucapan syukur yang ti...

assalamualaikum..

alhamdulilah, dikesempatan yang sungguh bermakna ini tiada kata lain yang mampu aku ucap selain dari ucapan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi.

pejam celik pejam celik dah Sebulan lebih dah kat USM ni, kerja yang banyak itu lumrah, belajar untuk berdikari, itu sudah biasa menjadi amalan dari kecil lagi, terbentuk menjadi seorang yang boleh berdiri atas kaki sendiri membuatkan aku lebih menghargai diri sendiri, kawan kawan yang muncul dalam hidup satu persatu sunggu bermakna.

kadang kala kita tidak tahu apa yang diatur oleh Allah dalam hidup ini, tetapi apabila sudah sampai satu tahap kita dapat simpulkan apa yang diaturkan merupakan satu perjalanan yang sungguh indah dan bermakna malah ia adalah jalan yang terbaik. TERIMA KASIH ALLAH!..

hari demi hari yang aku atur, sungguh sibuk! jadual yang padat, kuliah yang padat, aktiviti yang padat. kerana itu, jadual pelaksanaan perlu ikut pada prioritasnya.. salah langkah, jadual tergelincir banyak benda yang akan tertangguh.. Alhamdulilah, terpilih menjadi Exco Protokol untuk Majlis Perwakilan Desasiswa Tekun menguji lagi kemampuan dan kredibiliti aku. tak semua kerja itu mudah dan senang, tapi tak bermakna ia nya susah..

matlamat hidup aku kini kian jelas, walau sibuk dengan persatuan dan pelajaran, aku masih sempat selitkan waktu untuk aku bekerja mengumpul sedikit duit untuk memudah kan perjalanan hidup sebagai mahasiswa, aku tidak mahu mengharapkan ibu bapa, dan aku tidak mahu kerana wang, pembelajaran aku menjadi tidak teratur.. kerana itu aku tetap perlu bekerja dan aku memang telah mulakannya sekarang. alhamdulilah, Allah itu pemudah cara..

Sekarang aku rasa seronok melayari kehidupan Universiti, biar orang kata tidak seronok, aku tetap mengatakan ia nya seronok.. menghayati kehidupan yang singkat ini semaksimum yang boleh adalah satu kenangan yang paling indah di penghujungnya nanti. aku tidak betah membiarkan perkataan bosan, tak bermaya dan malas itu melingkari hidup aku! itu semua pemusnah Cara!.. hayati kehidupan sebaik mungkin, jadi manusia yang positif, kekal sihat dan awet muda!.

You Might Also Like

0 Komen