Apex

Alhamdulilah.. Alhamdulilah dan Alhamdulilah.. Allaahumma innaa nas'alukal 'afwa wal'aafiyata fiadiini waddun-yaa wal-aakhiroh Y...

Alhamdulilah.. Alhamdulilah dan Alhamdulilah..


Allaahumma innaa nas'alukal 'afwa wal'aafiyata fiadiini waddun-yaa wal-aakhiroh

YA Allah! Kami memohon keampunan dan kesejahteraan dalam agama, di dunia dan di akhirat..


Aku bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah dan kurniaanya aku dapat melangkah masuk ke USM dengan lancar. belajar dan belajar malah terus belajar di alam Universiti ini membuatkan aku merasakan bahawa aku adalah antara insan yang paling bertuah dipilih masuk ke Universiti Apex ini. Alhamdulilah sekali lagi.

setiap malam sebelum tidur, acap kali aku ingin mengupdate perjalanan hidup aku disini, aku ingin mengupdate setiap saat tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku semenjak 3 minggu yang lalu lagi, tapi setiap kali tangan ingin menaip seolah olah ada kuasa yang meletakkan satu dinding konkrit membuatkan aku menangguhkan hasrat itu.

tapi kini, aku rasa wajarlah kiranya aku mengupdate apa yang berlaku sepanjang 3 minggu yang lepas. beberapa hari selepas aku memulakan kuliah, aku terpandang satu publisti pencarian sekretariat untuk program Konvokesyen 2011. ye, aku semestinya sangat berminat dengan program sedemikian. jika orang lain masuk ke program ini dengan hasrat mahu mengumpul mata untuk MYCSD tapi apa yang aku lihat tidak lain dan tidak bukan adalah satu pengalaman yang cukup berharga disamping berpeluang berjumpa dan bergaul dengan insan-insan hebat dari seluruh negeri.

pergi interview di Dewan Utama Pelajar, aku tidak mengharapkan apa-apa. kira2 1000 ++ yang datang interview dan hanya 100 orang sahaja yang akan dipilih. aku pergi beramai2 dengan rakan-rakan yang lain yang berminat. tapi sayang, aku seorang sahaja yang diserap masuk untuk menjadi sekretariat ConvEx.. walau pun demikian mereka yang lain walau tak diserap masuk ribuan dan jutaan terima kasih atas sokongan dan menolong aku menyimpankan segala handout yang lecturer bagi. JAbatan yang menyerap aku masuk adalah jabatan Perasmian dan Protokol, dimana di jabatan ini kami bertanggungjawab 100% terhadap majlis perasmian yang akan dihadiri oleh D.Y.M.M Tuanku Syed Sirajuddin iaitu Cansellor USM. bekerja dengan akak-akak senior dan abang-abang senior yang sangat sporting dan sangat membantu, merapatkan ukhwah antara kami. tak seperti bekerja dengan diktator tapi setiap orang diberi peluang melaksanakan kerja dengan cara sendiri sehingga berjaya. thanks to All.

dalam majlis perasmian itu aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga seorang penerima anugerah bagi anugerah kurang upaya. sebelum majlis aku dimaklumkan bahawa penerima anugerah merupakan seorang bekas pilot tentera udara. dan kecacatan nya itu adalah dari pinggang ke bawah maknanya dia adalah paralised, aku bersyukur kerana aku berupaya menjaga orang itu sehingga ke acara penamat. nama dia Yuhaizam, seorang yang sangat ramah dan aku kira baik hati. mempunya 4 orang anak, dan sewaktu majlis itu, anaknya yang sulung hadir dengan ibunya. apa yang membuatkan aku hampir meitiskan air mata adalah tatkala apabila M.C membacakan biodatanya, emaknya yang ketika itu duduk dibawah mengalirkan air mata. dan airmata itu semestinya air mata kegembiraan dan terharu. malah mungkin juga airmata simpati kerana kondisi anaknya itu. lalu aku berfikir, saudara yuhaizam yang cacat dari pinggang ke bawah mampu berjaya, justeru aku yang sihat walafiat ini kenapa tidak??.. aku berasa puas dapat berkhidmat untuk dia, ia bagaikan satu suntikan semangat untuk aku terus berjaya di alam U...

majlis ConvEx ini tamat 25hb.. dan sekarang aku teruskan ke kuliah seperti biasa. melangkah dan terus melangkah mengharapkan supaya perjalanan sebagai seorang mahasiswa USM akan dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman yang segar. aku tidak mengharapkan kelancaran sepenuhnya, jika ada sedikit2 masalah itu, aku redha.. berhenti terus dari asyik komplain dan merungut sebaliknya menikmati zaman yang ada dengan penuh rasa kegembiraan.. mengharapkan keberkatan dalam pembelajaran. mendapatkan ilmu yang berharga sebaik mungkin, menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang.. Insya Allah..

You Might Also Like

1 Komen