kisah Ramadhan

Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi, agak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa namun, belum agak terlewat juga untuk ...


Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi, agak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa namun, belum agak terlewat juga untuk mengucapkannya, memandangkan Ramadhan baru melewati hari yang ke-5, alhamdulilah, lima hari yang penuh puasa... apabila kita bercakap tentang Rukun Islam yang satu ini, macam-macam yang timbul dibenak, Bulan Ramadhan, bulan yang paling sinonim dengan bulan yang perlu membuat baik *kata orang, bulan yang tidak boleh mengumpat dan tidak boleh melakukan perkara-perkara yang jahat *kata orang lagi. Justeru, bulan-bulan yang lain selain ramadhan bolehlah buat jahat?.. *satu tanggapan yang kurang bernas..

Bulan Ramadhan adalah bulan dimana kita menggandakan amalan baik yang kita selalu laksanakan pada bulan-bulan biasa, kerana ganjaran pahala itu yang hendak kita cari. bermakna lagi, kita menggandakan amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan memperbanyakkan sedekah dan amal jariah. bukan buat yang sunat sahaja tetapi yang wajib kita tinggalkan. contoh yang paling tepat dan wajar adalah, berduyun-duyun pergi ke masjid untuk solat sunat tarawikh tetapi solat yang wajib dari subuh hingga ke maghrib kita tinggalkan begitu sahaja..

apabila kita bercakap lagi mengenai bulan puasa ini, aku teringat tentang gelagat aku ketika berpuasa masa kecil, selalu juga culas puasa ini. maklumlah ketika itu, nama pun masih kecil dalam darjah empat atau lima, lebih kurang macam itulah. pernah sekali itu akibat tak tahan lapar, aku pernah membawa sepinggan nasi dengan lauk masuk dalam tandas dan makan dalam tandas. masa itu tak fikir apa dah, yang paling penting aku kenyang. haha. ada satu hari itu lagi, aku lepas je main, penat-penat balik rumah kebetulan mak ngan ayah tengah tidur aku togak air dalam cerek macam itu jer, sebab tak tahan punya dahaga, lepas itu berpura-pura la macam puasa. haha. hujung bulan dapat la imbuhan *puasa penuh*..

satu lagi benda yang paling menarik adalah mercun, dulu mercun padi, mercun ketupat, mercun lalat, thunderclap, mercun bola, mercun telur naga adalah antara mercun yang paling aku suka beli waktu tu, sehari kalau tak habis 5 6 ringgit untuk beli mercun je memang tak sah. dulu mercun jual murah-murah jer, kalau mercun padi itu satu papan baru 50sen kalau maancis satu kotak dalam 70sen. tak macam sekarang harga mercun dah boleh beli sepinggan nasi kerabu dah. hahah. nak kdijadikan cerita, masa bulan puasa, aku selalu pergi sekolah agama waktu tu sesi petang awal. mak aku pun naik pelik selalu nya kalau tak kena jerit suruh bersiap pergi sekolah agama memang taak sah tapi masuk bulan puasa jer pandai pula siap cepat dan pergi pun cepat. sebenarnya ada agenda lain, masa bulan puasa, ada satu rumah makcik kat simpang sekolah agama aku tu, ada jual mercun, rumah dia memang markas jual mercun la, rambang mata gak nak pilih mercun apa yang nak beli, aku memanng setiap hari singgah beli kekadang sampai 4 ringgit sekali beli. lepas beli itu pulak, aku masuk skolah agama, tapi sebelum masuk kena sorokkan dulu mercun-mercun itu, tempat paling sesuai dalam stokin atau dalam rehal Muqadam, itu je tempat yang paling selamat. nak jadikan satu cerita, adalah seorang member aku ni punya busuk hati pergi kantoikan mercun-mercun aku ngan kawaan aku, sebabnya mercun dia dah kenaa rampas awal-awal lagi, tak puas hati punya pasal dia kantoikan pulak mercun orang lain, siot betul, berdendam betul kitaorang, nak balas dendam senang jer, haha. kitaorang bawak lari seluar skolah dia yang dia gantung atas palang pintu time tengah sedap dia memerut. haha, apalagi menangis budak itu, padan muka ko!.. sampai sekarang aku rasa budak itu tak tau aku ngan yang lain yang sorokkan suar dia..

sekarang bila dah semakin dewasa, sesekali apabila teringat kelakar juga semua benda ini. sesekali bila berfikir, terlintas juga dihati, adakah aku akan diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang?....


You Might Also Like

0 Komen