prioritas

alhamdulilah, sesekali apabila duduk termenung sambil memikirkan tentang rentak perjalanan hidup yang kadangkala seimbang kadangkala tidak b...

alhamdulilah, sesekali apabila duduk termenung sambil memikirkan tentang rentak perjalanan hidup yang kadangkala seimbang kadangkala tidak bagus juga, boleh juga menimbal semula mana yang sudah tergelincir,mana yang perlu dikejar..


aku bersyukur sangat-sangat kerana aku diberi nikmat untuk menempatkan diri di salah satu universiti bagi pengajian aku tak lama lagi, entah kenapa perasaan teruja gembira nervous bercampur baur, seolah-olah diayak dan diuli sama rata. yang pasti kehidupan sebagai seorang siswa pastinya mencabar. itu sudah pasti!.

bercerita mengenai tawaran ke IPTA bagi lepasan STPM, masih ada setengah dari kawan-kawan yang tidak dapat. yang pasti tawaran mereka ditolak. sebagai seorang kawan, aku sedih. tapi sesekali bukan simpati yang aku hendak hulurkan.. aku sangat pasti, segala yang terjadi ada hikmahnya, hikmah yang hanya Allah sahaja yang tahu. soal rezeki, itu adalah milik masing-masing. kejayaan demi kejayaan yang bakal kalian tempuh dikemudian hari pastinya lebih manis. kerana itu adalah janji kepada orang yang sabar. aku tersangat lah yakin bahawa, cubaan ini adalah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita dan satu yang pastinya, adalah sejauh mana diri sendiri mahu menimbal balik tentang waktu-waktu silam yang banyak menyumbang kepada situasi yang kalian hadapi sekarang. jalan terbaik bersabar, dan terus bersabar!!

soal tidak ada life..

komen dari seorang costumer aku tadi..

customer : aik bang hari sabtu pun kerja?

aku : biasalah, cari rezeki..

customer : haih tak ada life la bang..

aku : tersenyum....

soal tiada life? tipikal sungguh minda sebegini. kalau orang lain mendifinisikan 'life' dengan erti kata seperti berseronok sepanjang waktu, keluar untuk enjoy dari siang sampai malam, main-main, berpacaran dan sebagainya yang berkaitan. secara jujurnya aku semestinya mempunyai erti kata yang lain bagi "life". life bagi aku adalah begini, mencari bekalan untuk hari mendatang, bekerja, bekerja, mempunyai kehidupan peribadi yang sempurna dan megejar cita-cita. aku tidak mahu menyesal dikemudian hari dimana ketika keadaan mendesak, aku menyalahkan orang lain atas desakan desakan itu. tapi aku tidak sesekali mengari hidup aku untuk tidak berseronok lansung cuma aku letakkan limit agar tanggungjawab tetap menjadi prioritas utama..

terima kasih juga kepada semua ats ucapn tahniah kepada aku untuk kemasukan ke USM..

You Might Also Like

0 Komen