HLOVATE

ilham itu datang kadang kala tidak dijemput, malah kadang kalanya ia nya datang secara sendiri. tengah-tengah duduk termenung ia datang,.....


ilham itu datang kadang kala tidak dijemput, malah kadang kalanya ia nya datang secara sendiri. tengah-tengah duduk termenung ia datang,.. tengah-tengah solat ia datang, menjadikan solat itu tidak sah atau tidak khusyuk, tengah-tengah memerut dia datang.. datangnya dalam pelbagai bentuk dan cara. pelbagai cerita dan rentak juga pelbagai kisah dan ragam.. yer, ragam..



bulan-bulan puasa ini selain membuat amal ibadah yang tak seberapa, habislah juga aku khatamkan sekali lagi ayat-ayat cinta karangan habiburrahman el shirazy, macam yang pernah aku katakan dulu, buku ini semacam ada keajaiban di dalam nya, bahasa yang mudah difahani, bunga bahasa yang cukup indah bagi mempertontonkan ciri-ciri percintaan sejati dalam islam, ilmu yang digarap bersama plot cerita membuatkan aku terus membaca sehingga sudah 4 kali aku khatamkan buku ini. kalau adalah manusia yang bernama fahri dalam hidup ini alangkah bertuahnya dunia.. dan kalau adalah seorang perempuan persis aisha, aku sanggup bermatian mendapatkanya.. tapi garapan minda atas sedar itu amat mustahil untuk ditemukan dalam dunia nyata. cuma segala ilmu yang ada itulah yang mampu aku cedok dan aplikasikan dalam hidup..

buku kedua is on the way untuk dihabiskan, not bad.. jalan cerita menarik, ada sense of humour dalam penulisannya, membuatkan aku tidak bosan untuk terus menyelak halaman demi halaman.. HLOVATE, nama penulisnya. katanya sudah mula menulis seawal umur 13 tahun lagi. wow, masa aku umur 13 tahun tulis karangan 250 pp pun bagai nak mati... jadi disini ada sedikit kekaguman untuk HLOVATE.. aku suka buku ini sebab dia ada ajar a few scottish ascent yang aku boleh belajar. kalau lah aku baca buku ini time nak amik spm dlu, mesti bermotivasi sebab watak JOHANNA yang ada dalam buku ini adalah seorang gadis yang truly brilliant sampai boleh dapat tajaan MARA ke Uni Of Aberdeen under medic prog.. agak bermotivasi juga la buku ini, jadi amat sesuai untuk pelajar-pelajar yang bakal amik SPM.. jadi setakat ini aku letak 4.5/5 stars untuk buku karangan hlovate ini...

sedar tak sedar kurang dari 8 hari lagi untuk aku berhenti kerja dekat wak dol cafe, yang pasti mestilah aku sedih, masa aku lebih banyak dihabiskan di wak dol, hampir semua order yang cikgu-cikgu tempah dapat pujian. dari deco sampailah ke masakannya. Kak long yang merangkap bos aku tadi dah mula buat drama sedih, katanya, lepas ini susah lah dia dah hilang dua asst yang rajin, *aku diam.. lepas ni katanya kelam kabut la dia, manakan nak melayan kerenah anak keciknya lagi manakan nak melayan kerenah cikgu-cikgu lagi.. *sekali lagi aku diam.. bukan tak kesian tapi aku ada cita-cita yang perlu aku kejar, dan sebenarnya kak long faham cuma mungkin di hatinya ada la sedikit kegusaran.. its ok, basicnya dah ada, hopefully everything is fine..

p/s : hari ini skip solat tarawikh, hujan turun tak dapat nak ke masjid.... minta minta esok cuaca aman.. amin..

You Might Also Like

1 Komen