23 Ogos 2011

tarikh : 23 ogos 2011... bagi yang tidak tahu, memang tidak akan tahu.. bagi aku mungkin s...

























tarikh : 23 ogos 2011...


bagi yang tidak tahu, memang tidak akan tahu..
bagi aku mungkin sebab dari kecil tidak dibesarkan dengan ungkapan 'SELAMAT HARI LAHIR'
atau apa-apa yang sinonim denganya membuatkan tanggal 23 ogos setiap tahun adalah tanggal biasa yang aku lalui..

aku tidak salahkan sesiapa dalam hal ini kerana hakikatnya selagi aku mampu untuk perform sebagai insan yang dapat membahagiakan kedua orang tua aku,aku tidak kisah.. menariknya setahun dua ini aku merasakan tanggal 23 ogos yang aku lalui bermakna dari tahun-tahun sebelumnya..ungkapan Selamat Hari Lahir dari mak dengan ayah menceriakan hari aku. walau tanpa hadiah walau tanpa sebarang kejutan, ungkapan biasa itu adalah segalanya buat aku mewarnai tanggal 23 ogos tahun ini..

alhamdulilah, majlis buka puasa yang dirancang di Madam Lims bertukar menjadi surprise party untuk aku. memang aku tidak sangka.. balik dari solat maghrib masuk semula madam lims aku nampak sebiji kek coklat kat ats meja dan tiba-tiba dorang menyanyikan lagu selamat hari jadi.. memang sangat terharu, tak tahu siapa yang rancang.. kek dia sangat la sedap..

ada juga teman-teman yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir melalui Facebook dan menghantar mesej.. terima kasih atas ingatan kalian..

buat teman-teman yang bersusah payah, jauh dari sudut hati, terima kasih banyak-banyak.. jasa kalian sangat2 lah aku hargai.. semoga kita semua akan terus sukses sehingga akhir hayat..

You Might Also Like

0 Komen