semua

tempat : dalam bilik, latitud 10 " longitud 113", arah utara barat.. situasi : pagi ahad yang cerah, nyaman dan damai, mood : siha...

tempat : dalam bilik, latitud 10 " longitud 113", arah utara barat..
situasi : pagi ahad yang cerah, nyaman dan damai,
mood : sihat sejahtera, seronok, hati tenang..
sambil : on9 di facebook, chat ngan si malini...

assalamualaikum..
entah kenapa, hati macam merindui seseorang...
sudah lama tak menatap wajahnya..
lama juga tidak berbalas sms..
rindukah?,.. persoalan yang sukar untuk dirungkaikan..

kadang kala, bila kita memikirkan soal percaturan hidup ini,
yer memang betul kita hanya mampu merancang, dan
Allah jua yang menentukan..
kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya..

keadaan di tempat kerja,
makin seronok, makin dekat mahu berhenti makin rasa sayang mahu tinggalkan tempat kerja
kadangkala, bila duduk sorang-sorang sambil lap pinggan, sambil sapu sampah
tertanya-tanya juga siapalh yang nanti nak buat semua ini
bukan nak kata aku buat kerja bagus, tapi aku suka kesempurnaan
cikgu-cikgu pun dah tak lagi suka kompelin walaupun ada sikit2..
ali, si pembuat burger dah berhenti kerja
dia awal sikit berhenti maklum lah nak masuk U kan..
apa apa pun all da best..

kata orang kalau kita ikhlaskan hari bekerja,
tak kiralah kerja apa pun,insya Allah, kita kerja pun seronok,
tak kisah buat apa sahaja,
dan yang paling penting, kerja yang kita buat itu pun di kira sebagai ibadah..
alhamdulilah..

kini,
aku semakin berdebar untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah..
maklumlah kalau semuanya berjalan dengan lancar
awal bulan 9 dah nak masuk U..
hidup sebagai siswazah,..
kena pasang niat baru, nak teruskan kejayaan di peringkat STPM ke IJAZAH..
tak boleh main-main..

kawan-kawan..
yang dulu dari sekolah seri bintang,
aku tengok ramai yang dah ke kolej, ramai juga yang dah ke Universiti..
alhamdulilah, belajar rajin-rajin
nanti boleh balas jasa mak dengan ayah..
insya Allah juga, nanti kalau ada rezeki boleh lah kita jumpa..
jumpa dengan kejayaan masing-masing di tangan..

kawan-kawan..
yang sama-sama ambil STPM
sama-samalah kita nantikan universiti mana yang bakal kita masuk..

kawan-kawan.
yang sama-sama kita duduk satu asrama VI
alhamdulilah,
bangga dengan korang semua,
ada yang dapat masuk matrik, ada yang dapat masuk Universiti..
ada yang dapat masuk maktab..
ada yang dapat masuk Tingkatan 6..
yang tak dapat?..
alhamdulilah,.. bukan tiada rezeki, cuma Allah
tahan dulu kerana Dia dah tentukan sesuatu yang lebih berharga untuk korang..
mungkin kejayaan yang lebih bermakna..
mungkin juga rezeki yang lebih berharga..
jadi jangan kecewa,teruskan berdoa..
insya Allah, doa itukan senjata paling ampuh buat kita umat islam..

buat semua
teruskan usaha..
gandakan kerja!
dimana pun anda berada,
kita masih di bumi Allah..
masih ada ruang untuk perbaiki diri..
juga masih ada peluang untuk menginsafi diri..
cuma jangan alpa, jangan lupa..
orang yang lupa, orang yang alpa..
selalunya rugi sentiasa...


You Might Also Like

0 Komen