MEDSI, dilemma, remaja

ujian MEDSI.. yup, aku andaikan suku dari cita-cita ku sudah terlaksana, alhamdulilah, alhamdulilah, dan alhamdulilah.. terima kasih ALLAh, ...

ujian MEDSI.. yup, aku andaikan suku dari cita-cita ku sudah terlaksana, alhamdulilah, alhamdulilah, dan alhamdulilah.. terima kasih ALLAh, ini bermakna, setelah aku hitung-hitung, setelah di tambah, dan di tolak, di darab dan dibahagi sama rata, kalau segalanya berjalan dengan lancar, makanya, kurang dari 4 tahun dari sekarang aku akan menjadi seorang kauselor, ia memang itu yang aku cita-citakan dari kecil walau dalam kepala otak ligat memikirkan tentang duduk letak bisnes dan perkembangan SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE, sudah tentu ia tidak menjadi masalah kepada aku lansung.. cita-cita tetap akan menjadi cita-cita, manakala impian dan keseronokan berniaga tetap menjadi no 2 dalam hierarki keperluan hidupku..

apa yang diharapkan segalanya akan bakal berjalan dengan lancar.... dalam FB aku kini rancak juga berkongsi idea bersama group KITA SERUPA, dimana group ini adalah group bagi PRS 10 Victoria, bertanya khabar, membantu rakan-rakan yang dilemma, yup bercakap tentang dilemma, disini aku ada pendapat peribadi, dalam banyak hal dan perkara, remaja pasti akan mempunyai dilemma apatah lagi jika perlu membuat keputusan tentang apa yang patut dilakukan, baiklah, ini adalah dalam konteks membuat pilihan dimana dan kursus apa yang patut di ambil apabila sudah tamat belajar diperingkat SPM mahupun STPM, bagi aku perkara ini tidak lah sesusah mana, pertama sekali tanya apa yang kita kejarkan, which is, apakah cita-cita kita, apabila kita sudah tahu apa cita-cita dan apa minat kita maka mudah untuk kita putuskan universiti mana yang menjadi pilihan dan kursus apa yang patut kita ambil.

ada juga, yang mempunyai cita-cita yang tinggi, tapi sedihnya keputusan peperiksaan tidak melayakkan diri untuk mengejar cita-cita, itu bukan satu masalah besar, malah itu bukan juga pengakhiran pada cita-cita kita, perlu ingat kadang-kala kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segalanya.. jadi, muhasabah diri sendiri, dan padankan keputusan yang kita ada dengan cita-cita terbaru kita, manusia yang tidak mempunyai keputusan yang bagus pun mampu menjadi manusia terhebat didunia.. jadi hendak kisah apa??

pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri, jangan ikut orang lain, dan jangan hendak sentiasa nampak hebat hakikatnya kita kosong, apabila kita ikut orang lain, maka kita bukan menjadi diri sendiri, jadilah diri sendiri walau pada hakikatnya kita tidak sempurna, itu adalh lebih baik dari memakai topeng dan menjadi orang lain.. kehebatan diri akan muncul seiring dengan pencapaian diri kita, jangan cari, kelak ia nampak terlalu berpura-pura..

jadi, kepada remaja-remaja diluar sana, fikirlah apa yang terbaik buat diri anda, dan ketahuilah tiada satu manusia di atas muka bumi ini yang dapat mengubah anda melainkan diri anda sendiri, berubah demi kebaikan, beerti anda berubah menjadi manusia berguna..

You Might Also Like

0 Komen