justin bieber VS rubiah bieber

riuh rendah! gamat!! semua gara2 si justin bieber buat konsert malam ini, mentang2 lah konsert dibuat dekat sebelah sekolah, naik muak pula,...

riuh rendah! gamat!!
semua gara2 si justin bieber buat konsert malam ini,
mentang2 lah konsert dibuat dekat sebelah sekolah, naik muak pula, bila kesana-kesini dengan justin bieber..
yang hairannya, dalam banyak2 hari, kenapalah malam jumaat juga yang menjadi pilihan??
bukan tak tahu, malam jumaat ini kan malam yang penuh keberkatan, tambahan pula,
masjid Albukhari kat sebelah stadium itu pastinya ada membuat majlis bacaan Yassin..
bukan itu jer, sambil lalu tadi, terdengar imam menyebut sekali pasal baacaan Yassin yang dibuat sekali dengan majlis Tahlil kerana ada jemaah yang meninggal..
hurm, bagus lah, nampak gayanya, suara pak imam kenalah berlawan dengan suara jeritan
penonton yang gaya macam kerasukan..
dengar kata si justin itu buat persembahan pukul 8.30 malam, tapi penonton yang menjerit bagai nak rak dari pukul 6.00 petang lagi?.. apa dah jadi, penonton praktis vokal high pitch ker??
sekali fikir, macam mana lah orang atasan boleh luluskan konsert tersebut, sedangkan hujung minggu ada, mungkin si justin bieber tuh tak der masa kot, pas ini nak kena balik US pulak, maklumlah, orang popular.. haha
dua kali fikir, ini adalah cara halus bagi menyesatkan orang kita, maksudnya lebih kepada orang islam.. melalui hiburan..
agak2 berapa ramai yang tak tunaikan solat maghrib??? solat isyak??.. jawab sendiri..
kalau perempuan itu, kalau ditanya mungkin jawapan nyer uzur, tapi kalau lelaki pun uzur, aik, itu payah tu jang..

bila cakap soal membazir, itu hak masing masing la kan, duit pun duit masing-masing, tapi bila kita bercakap soal hak, masing2 nak menang itu sampai homos sama homos pun minta dikahwinkan, atas dasar hak, kita diamkan sahaja.. tapi hanya untuk menyaksikan seorang manusia beraksi yang tentu tentu suara siti nurhaliza lagi sedap, rasanya tidak berbaloi kot,
baik derma jer kat masjid, ada juga faedahnya.. haha

pasal si justin yang nak buat persembahan tu juga, kecoh dalam kalangan cikgu-cikgu, mana taknya, jalan keluar punyalah jem, dari masjid nak masuk ker sekolah ambil masa 10 minit jer terus jadi sejam.. masak nak duduk dalam kereta, itu yang lepas waktu sekolah jer, cikgu2 terus ambik kereta balik, sebelum dipanggang dalam kereta.. disebabkan cikgu2 balik awal, hari ini sale chicken chop dua set jer. hurm , merudum!!

pasal si justin ni lagi, ramai yang buang tebiat, tak penah2 panjat tangki air, hari ini panjat tangki air, tarzan panjat pokok, ada yang takder duit nak beli tiket, sanggup jadi penunggu tangki air, macam-macam, siap booking lagi tempat kat atas tangki air belakang stadium tuh semata-mata nak tengok konsert free.. jangan jatuh sudah, kang tak pasal-pasal esok dalam UTUSAN keluar ada yang maut gara gara si justin bieber.. tapi yang penting abang lan dah tempah pokok ketapang belakang kantin tuh untuk tgok konsert jarak jauh, fuh.. kelas gitu....

kalau stadium ada JUSTIN BIEBER hurm tak heran lah, wak dol ada RUBIAH BIEBER lagi..

You Might Also Like

0 Komen