SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE
2:37 PMsaat aku menulis entry ini sebenarnya aku baru sahaja pulang dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia dekat kl sentral. alhamdulilah, sekarang ini secara sahnya aku mempunyai sebuah entiti perniagaan milikan tunggal yang aku namakan sebagai SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE. sebenarnya di ruangan nama syarikat itu perlu diletakkan 3 pilihan nama jadi diruangan pertama aku meletakkan MSK INOKREAT ENTERPRISE yang di mana MSK itu adalah singkatan dari nama aku iaitu Mohamad Shafiq Kamaruddin. pilihan kedua pula aku letakkan SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE sebagai nama dimana singkatan dari nama aku SHAfiq, nama mak aku SHAmshiah dan bapak aku KAmaruddin dipilihan ketiga pula aku letakkan SFFN INOKREAT ENTERPRISE iaitu sebagai nama singkatan aku dan kawan-kawan yang peneraju INOKREAT yang asal. tapi bila disemak-semak nama SHASHAKA yang menjadi pilihan. jadi aku berkesempatan untuk mengabdikan dua nama yang menjadi kesayangan aku sepanjang zaman sebagai nama entiti perniagaan ku..
sekarang, aku rasa lebih bertanggungjawab terhadap perniaagaan aku dan aku harus pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan cemerlang, namun aku juga tidak menidakkan sebarang dugan dan cabaran kerana tanpa rencah itu, tak bermakna kehidupan sebagai usahawan.
disini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Pn aminah dan suami kerana menolong aku sehingga ke pendaftaran sebentar tadi.. baki cuti aku yag lagi beberapa hari ini akan aku gunakan untuk mencari pengedar produk ku, setakat ini sudah ada dua, alhamdulilah.. rezeki Allah...
hal berkaitan celcom juga aku telah lunaskan sebentar tadi.. jadi semuanya pun sudah selesai.. dan tadi berkesempatan juga makan di restoran haslam yang katanya restorang pengarah popular yusoff haslam.. tapi makanan nya pun not bad dan berpatutan. lain kali boleh lah cuba lagi..
0 Komen