aku mencoret
seri muka dan roti jala
2:14 PMsalam namaste buat semua..
gong xi fa choi!!
baiklah, lembaran cuti aku bermula apabila budak-budak sekolah start cuti.. alhamdulilah, selama 9 hari cuti diberikan, jadi mungkin sempatlah aku untuk mengadjust perniagaan aku yang aku kira baru hendak bertunas.. walau pun cuti bermula hari jumaat namun, abang long memanggi aku kerja untuk hari sabtu dan ahad sbab ada tempahan makan untuk budak band. hanya aku sorang sahaja. segalanya berjalan lancar walaupun sdikit hambar kerana makcik-makcik yang selalu menghangatkan suasana tidak ada. hanya tinggal aku, kak biah dan bang lan yang bkerja. jadi bersembanglah kami bertiga untuk mengisi masa.
hendak dijadikan cerita pada hari sabtu lepas, menu tempahan adalah bihun goreng special dan kuih seri muka.. kuih seri muka yang warna hijau diatasnya dan dibawah adalah pulut merupakan antara kuih kegemaran aku selain kuih koci. selama ini, kalau nak makan, beli jer dari kedai tapi, hari tuh, terasa nak minta pula resepi dari kak biah. aku pun tulis la cara nak buat dengan resepi dalam hp aku time tu. dalam otak dah terbayang-bayang dah rupa bahan-bahan yang disebut tuh.
keesokkan harinya, iaitu pada hari isnin disebabkan aku telah bercuti sepenuhnya, maka aku pun memanfaatkan masa yang ada untuk membuat kuih seri muka tersebut.. niat dihati nak pergi la beli barang, tapi rupa-rupanya mak aku dah pun belikan barang-barang tersebut.. alhamdulilah, jimat duit aku. haha. jadi mula-mula aku pun tanak lah beras pulut dengan santan. sebenarnya guna air pun boleh juga tapi nanti tak berlemak la pulut tu, nak dijadikan cerita, pulut tu mula-mula dia jadi macam antah, macam masak tak masak, aku dah cuak dah, kalau tanak pulut pun tak jadi macam mana nak buat kuih ini, tapi kena bertenang.. last-last aku tambah santan, biarkan sekejap then tak lama lpas tu, jadi lah pulut tu.. nasib baik sedap.. haha
lepas tuh, aku pun mula buat kepala dia, blender umah aku rosak la pulak jadi nak blend daun pandan tok dapat kan pati dia tak boleh. sekali akai pun datang, aku rebus daun pandan tu kaw2 punya then amik air dia.. air daun pandan tu campur dengan tepung gandum campur dengan tepung ubi campur pulak dengan santan letak air skit dengan pewarna hijau, lepas tu denga gaya ala-ala chef wan, aku amik pemukul telur, aku pukul adunan tadi sampaila segalanya sebati. eip, lupa lak, letak gula skit tu manis..
dah siap aku pun kukus la.. masuk dalam loyang yang lapisan bawahnya pulut, letak adunan hijau tadi then kukus sampai masak.. alhamdulilah, setelah penat bertungkus lumus siap lah kuih seri muka aku, tapi terpaksa buat dua jenis, yang pertama kurang manis untuk ayah tersayang, kalau buat manis-manis bapak aku tak boleh makan sebab dia ada kencing manis. kukus yang kali kedua baru lah buat untuk orang yang takder kencing manis.. haha
begitulah kisah aku dan kuih seri muka.. last week aku buat roti jala,.. roti jala senang jer buat, telur campur tepung gandum pewarna kuning ngan air, masukkan garam secukup rasa.. siap.. aku ni buat roti jala, buat kuih seri muka, jiran-jiran la yang jadi juri.. haha, biasalah semangat kejiranan tu masih ada, ada buat kuih sikit, bagilah sama sikit, kalau tak sedekah, tak der saper pun yang boleh habiskan kuih2 tu.. lepasni aku ingat nak blaja buat kuih koci plak.. haha

0 Komen