maulidur rasul

assalammualaikum.. sejarah 25 Rasul yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini banyak mengajar kita tentang erti keimanan dan ketakwaan kep...




assalammualaikum..
sejarah 25 Rasul yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini banyak mengajar kita tentang erti keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.. hari ini sekali lagi umat islam bergembira menyambut sambutan maulidur rasul, dimana pada hari ini 1000 tahun lepas lahir seorang Nabi yang diangkat martabatnya menjadi ikutan, role model dan contoh terpuji kepada semua manusia. keperibadian baginda bukan sahaja diperakui oleh sarjana muslim malah turut sama diakui oleh sarjana Barat yang menganut agama kristian. malah keperibadian baginda juga diakui oleh golongan musyrikin sejak baginda belum lagi menjadi rasul kerana sikap al-amin baginda sendiri..

jika selama ini kita selalu mengagungkan artis-artis barat mahupun timur sebagai role model kita, kini marilah kita menukar haluan kita dengan menjadikan nabi Muhammad itu sebagai role model dan ikutan kita... bersama kita berselawat kepada baginda, kerana berkat selawat ini akan kita bawa ke akhirat untuk memperoleh syafaat baginda.. akhir kata,

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..
mari kita berubah ke arah perkara yang lebih baik,
perbanyakkan amalan,
dan, selamat beramal..

You Might Also Like

0 Komen