1 utama-agrotek resort ulu langat-times square-jusco maluri

kesempatan yang ada di waktu cuti raya cina ini, selain daripada meluangkan masa bersama seisi rumah dah perniagaan, aku keluar jug...














kesempatan yang ada di waktu cuti raya cina ini, selain daripada meluangkan masa bersama seisi rumah dah perniagaan, aku keluar juga dengan kawan-kawan yang rapat dari dulu sampai sekarang. walau masing-masing hampir menginjak ke umur 20, tali persahabatan yang disimpul sejak 7 tahun yang lalu semakin kukuh tersimpul. walau onak duri, ranjau, bermasam muka, bertengkar, tidak bertegur sapa dikala persahabatan terjalin lansung tidak membuatkan persahabtan ini putus malah ianya semakin kuat tersimpul. seakan-akan cukup segala rempah untuk menyedapkan 'masakan' ini. baiklah, hari khamis yang lepas, kami sepakat keluar bersama-sama dengan cikgu syukri selaku satu-satunya geng yang boleh bawak kereta dengan comfident nyer. haha, bukan nak amik kesempatan yer..

baiklah, rancangan kami simple ja, borak-borak pasal isu semasa, dan of course perkembangan bekas ostel yang tercinta dan perkembangan guru-guru di smk sbs.. sebelum aku terlupa, aku ingin mengucapkan semoga Cikgu Fahry akan kuat menempuh dugaan sakitnya dan agar bersabar seperti mana kuatnya Nabi Ayub bersabar atas musibah yang diturunkan Allah kepadanya. dan semoga cepat sembuh yer Cikgu..

kami mulakan kami punya perjalanan dengan melepak di one utama, mula-mula terasa nak makan shimino, dan alhamdulilah, shimino ada didepan mata, so, breakfast kami adalah shimino sorang satu.. lepas tu lepak pergi main boling dan seperti biasa pada mulanya aku akan humble dulu, dan nah, aku berjaya menjadi pemain tertinggi score selepas didi.. haha, kira tempat kedua la.. bdw, takziah pada nini yang kalah coz, bola asyik masuk longkang..


lepas lepak kat one utama, time lunch, masing2 pening pala nak lunch kat mana, mula2 decide kat madams lim tapi cari punya cari tak jumpa lak, so tetiba teringat restorang agrotek yang indah lagi permai so, masing2 pon sonok dapat pergi sana, bdw, didi paling teruja coz dia satu2 yang tak pernah pergi situ, bila sampai, masing2 gila kamera kecuali aku dgan cikgu.. haha, padahal gambar aku yang paling banyak..


masing-masing sibuk pilih menu sampai kesian kat orang yang amik order tu, bdw aku makan bbq sizzling chicken chop, cikgu makan special sizzling steak, nini makan nasi putih dengan udang sambal, fifi paprik plus nasi goreng ladna n ddi nasi goreng chiang mai.. basically, makanan dia memang sedap, tak nafikanlah, tapi sikit la chicken chop dia, aku yang tengah kebulur tu komfem la aku tak kenyang kan. tapi control kenyang la, coz tempat dia ekslusif.. haha dan yang paling tak puas hati adalah cik ninie coz katanya kalau makan kat madams lim udang dia dah berkopek.. haiyakk.. haha, yang menyesalnya tak pilih makanan yg grand2 coz ingat kena bayar sendiri tapi last2 cik ninie ngan cik fifie yang belanja, maklumlah, first gaji dorang kan.. lain kali kalau nak belanja bagitau la awal2, boleh bagi korang pahala lagi banyak.. haha, bdw thanks!


lepas dah agak2 melepakkan diri kat agrotek tu, kitaorang pon balik lah semula ke time square. aku menjadi peneman kepada 3 orang cewek yang sebok nak beli kasot, bila aku bagi idea suh aku diam, bila tak bagi tanya lak.. haha. last2 aku tangkap la gambar dorang yang ghairah nak beli kasot.. penat aku teman dorang maklum lah, anak dara kuar shopping, bdw yang paling syok coz, kami semua dah rancang nak adakan satu percutian yang menarik untuk kawan-kawan lama yang nak join, ikut perancangan adalah tiga batch sahaja iaitu batch 07,08 dan 09.. tapi, chop!!! kami dalam proses mencari tempat, mencari tarikh yang sesuai dan anda-anda diluar sana yang pernah bersekolah di smk sbs, nantikan invitation kami melalui fb.. insya Allah kalau berjaya diaturkan ini merupakan antara satu perkara yang paling seronok untuk kita semua!!


selepas, penat tawaf ts aku dan nini melanjutkan perjalanan ke jusco maluri sebab nini nak beli tako.. sejenis makanan yang sangat tak sdap tapi sedap kata nini.. aku nak termuntah masa makan benda alah tu.. haiyak.. tapi aku sempat borong beberapa roti kat situ, kononya nak bagi la ayah aku coz malam tu famili aku nak balik rembau, tapi bila aku dah bayar, baru mak aku kol cakap dah bertolak.. last2, tak nak membzir aku lah yang menghabiskan roti-roti tuh.. malam tu makan roti jer la,.. dan kami berpisah selepas nini belanja aku aiskrim mcd.. alhamdulilah, murah rezeki kau..

dan itu sahaja lah yang berlaku kira-kira pat hari yang lepas..


You Might Also Like

0 Komen