impian setinggi bintang di langit
11:24 PM
fasa pertama dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar sudah pun aku letakkan titik nokhtah. kini aku tidak akan lagi memakai baju putih dan seluar hijau serta menggalas beg sandang sambil mengepit fail mata pelajaran.. aku juga tidak perlu bersusah payah menggosok baju dan seluar sekolah serta mengapur kasut sehingga putih.. alhamdulilah, segalanya aku tamatkan dengan pengakhiran yang cukup baik.. terima kasih Yang Maha Memberi..
hidup aku kini bermain dengan impian lagi, kini impian ku setinggi bintang di langit, dan aku ingin menggapainya. bila sudah gapai, aku tidak mahu melepaskanya pergi tapi aku akan simpannya supaya impianku tidak akan terbang lagi.. untuk mencapai impian yang setinggi langit itu, bukan sedikit keringat yang perlu di kerahkan.. ianya pasti menuntut seribu satu pengorbanan.. impian mahu melihat SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE semakin maju, terus menguatkan azam ku untuk terus bekerja kuat, soal letih aku tolak dahulu ketepi, jika sekarang ramai yang suka enjoy disaat muda, aku berfikir biarlah, aku lengkapkan impianku dengan mengorbankan masa mudaku, untuk aku penuhi segala impianku.. kelak, bila sudah dewasa aku mahu berbakti pada manusia pula..
bercakap tentang kehidupan yang penuh dengan keseronokan, aku meletakkan limit buat diriku.. bukan tidak mahu berseronok, tapi jika keseronokan itu membuatkan diri ku bertambah lagha, aku lebih rela meletakkan limit antara diriku dengan keseronokkan itu. dalam banyak perkara, keseronokkan bagi diriku yang paling memberi makna adalah apabila aku mampu memenuhi kehendak kedua ibu bapa ku, menggembirakan hati mereka selagi nyawa mereka dikandung badan, membiarkan mereka menangis dengan setiap kejayaan yang aku perolehi.. bagi aku itulah keseronokkan yang paling aku dambakan dan yang pasti keseronokkan itu yang sedang aku lakukan..
SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE pula semakin maju, sales bagi setiap minggu semakin meningkat, alhamdulilah, bolehlah disimpan sedikit wang untungnya untuk dilaburkan pada masa depan.. kini aku sedang menimbangkan untuk menyewa sebuah rumah di flat aku itu khas untuk dijadikan sebagai tempat pemprosesan produk aku, jika sales sehingga penghujung bulan 3 ini semakin meningkat, maka rancangan itu aku akan laksanakan termasuk pembelian sebuah chest frezer 55o L untuk menampung produk aku..
aku juga dalam rancangan untuk mewujudkan sebuah kedai runcit yang menjual barang2 kering atas nama SHASHAKA juga, walaupun ini masih dalam rancangan, tapi aku melihat prospek yang sangat cerah kerana, jika penduduk disitu membeli di kedai runcit aku maka mereka tidak perlu bersusah payah membeli di kedai runcit yang terletak kira2 800 meter dari rumah. selain itu aku juga terasa ingin menjual topap kerana zaman searang budak umur 5tahun pun sudah ada hp.. itu adalah strategi perniagaan juga tuh..
selain itu, aku juga meletakkan target sehingga bulan 9 ini bahawa, jika diizinkan Allah, insya Allah perniagaan aku ini akan berkembang jadi dapatlah aku melaburkan nya untuk membuka sebuah kedai makan di Pusat Komuniti BTR itu, hari itu aku sudah jalan-jalan di situ, nampaknya, masih banyak lagi kedai yang masih kosong tidak berpenghuni, dengan kapasiti hampair 300ribu penduduk disekitar kawasan tersebut, kalau kena gaya dan caranya, pasti berjaya..
kini, aku tidak mahu melepaskan segala peluang yang ada, waima, aku mahu merebut segala peluang yang ada, menurut steven r covey merebut peluang atau berinisiatif itu merupakan salah satu daripada 7 ciri usahawan berjaya.. yang penting perlu sentiasa bersemangat dan kuatkan azam!!
berkenaan dengan cita-cita, itu sudah semestinya tidak akan aku lupakan, jiwa seorang pendidik yang ada dalam diri ini sedikit pun tidak pudar malah semakin hari semakin menebal..
0 Komen