aku mencoret
airmata
6:35 PM
aku seakan berada dalam duniaku sendiri.. wajah ayah dan emak yang tercinta terus muncul memenuhi kotak fikiranku.. dapat aku rasakan bahawa betapa leganya perasaan emak apabila aku menelefon memberitahu keputusan ku.. aku lega.. lega yang teramat sangat.. Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan mu yang tidak terhingga ini sedangkan aku sering kali melakukan kemungkaran dan masih tidak mampu menjadi hambamu yang solaeh..
ayah, emak,.. ini merupakan hadiah atas dorongan dan doa yang telah emak dan ayah berikan selama ini.. jika bukan kerana ayah dan emak kudratku untuk terus menjalarkan usaha tidak mungkin akan tercapai..
guru-guru.. anda adalah penerima hadiah ini selepas emak dan ayah, tanpa tunjuk ajar, nasihat dan segala ilmu yang dicurahkan tidak mungkin aku bakal memperoleh hadiah semahal ini.. terima kasih atas segala nya.. teruskan lah mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna hingga ke akhirnya.. semoga Allah merahmati kalian seiring dengan budi yang ditaburkan..
rakan-rakan.. tahniah! syabas! atas kejayaan kalian.. kita sama2 mengayam mimpi.. maka kita yang perlu realisasikannya.. yang kurang berjaya, syabas!! ini merupakan kejayaan yang tertunda.. teruskan usaha tanpa henti, kejayaan pasti bakal menjelma!
petualang.. syukur atas ketualangan yang engkau taburkan kepada insan yang paling aku kasihani iaitu emak dan ayah aku membuat kan aku bersemangat untuk terus membisukan mulut celuparmu.. teruslah mengagungkan keturunanmu yang dipandang hebat itu hakikatnya tiada apa2.. aku bukan berdendam tapi ini adalah ucapan terima kasih buat petualang seperti engkau..
4 Komen