aku bersyukur sangat sangat kerana sekarang sudah tiba masanya aku menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang sedang aku lakukan. mak...

aku bersyukur sangat sangat kerana sekarang sudah tiba masanya aku menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang sedang aku lakukan. maksud aku minat aku, telah mula aku semaikan sedikit demi sedikit kepada sesuatu yang bagi aku sangat la bernilai. kini, kedai yang aku dan kawan-kawan aku buka telah masuk bulan yang ketiga, alhamdulilah berkat kerajinan semua pihak untung yang didapati pun boleh tahan. biarlah aku ceritakan sedikit tentang sejarah penubuhan kedai ini. ilham untuk aku tubuhkan kedai ini tercetus saat aku sedang belajar, ketika itu jam menunjukkan tepat 2 pagi, tiba-tiba pintu bilikku di ketuk oleh seseorang, pada mulanya aku ingat ada budak sakit tengah-tengah malam tu tapi rupa-rupanya, ada budak tanya aku ada maggi ke tak sebab dia lapar. aku cakap aku memang tak der stock makan sebab aku memang jarang beli makanan simpan dalam loker. tgah2 aku nak sambung kerja aku yang terhenti sekejap tu, terus ilham, nak buka kedai tercetus,.. aku usulkan pada member sebilik dan dia pun tak keberatan untuk menjadi share partner. ao, aku pun terus buat kertas kerja dan usulkan pada ketua warden.

setelah aku fikirkan pelbagai rancangan, untuk menjadikan perniagaan ni sesuatu yang tahan lama jadi aku buka 40 persen saham dalam kedai ni untuk orang lain hasilnya, seramai lapan orang berganding bahu membuka kedai ini yang kini dikenali sebagai KEDAI RUNCIT STOCK. 8 orang tu pun bukan orang lain, cikgu sodri, awe, angah, along, hafis dan faliq. semua member sekepala. peneraju atau penaung of course la cikgu sodri. perancangan nak buka kedai aku atur dengan rapi sekali supaya tak akan ada masalah dikemudian hari. kena kerja kuat. paling mencabar bila nak kena survey harga di pasaran. mencari merata da best price yang dapat untuk beli barang secara borong last2 nasib baik bekas warden lama aku sudi membantu. terima kasih cikgu asyuk!

dan kini... setelah beropersai selama 2 bulan genap, banyak barang di letakkan. banyak yang sudi menjadi pengedar.. alhamdulliah rezeki Allah.. aku cuma harap benda ni tahan lama dan mendapat keberkatan..


You Might Also Like

2 Komen