orang orang

menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik kadangkala amat susah. untuk menjadi yang terbaik pengorbanan perlu dilakukan kadangkala ...

menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik kadangkala amat susah.
untuk menjadi yang terbaik pengorbanan perlu dilakukan
kadangkala juga pengorbanan itu menjerat leher sendiri
sehingga kadang kala juga hati kita yang sakit
sakit hingga kadangkala lagi tak mampu untuk dibendung bendung

semakin hari aku semakin dewasa dalam menilai dan memerhatikan
tingkah laku manusia
memang benar manusia itu tidak sempurna tetapi bukankah kita diberi peluang
untuk mencari kesempurnaan?

kerana terdidik untuk sentiasa memberikan kebahagian kepada orang lain
hati aku menjadi keras dan kaku untuk mencuba mengecewakan orang lain
walau kadang kala juga, orang akan berasa.
persetan bukan jalan mudah yang aku lalui.
aku perlu kuat menelusuri kancah duniawi.

apatah lagi cita cita semakin mendekat aku kira
untuk mengambil pusing tentang cakap cakap orang adalah perkara
yang paling bodoh dan tak berguna untuk dilakukan.

Tuhan itu maha Pemberi.
alhamdulilah, kebelakangan ini banyak rezeki yang dilimpahkan oleh Illahi
aku bersyukur tersangat bersyukur.
aku kira ini bukan rezeki aku seorang. ini rezeki semua orang yang aku kisah.
untuk bekerja lebih masa, untuk memberi sepenuh kudrat tiada masalah.

bila difikir fikir,bila di tenung tenung,
rupanya banyak hikmah yang tersembunyi dalam hidup ini
yang di aturkan oleh yang Maha Esa
untuk hamba-NYA. syukur Ya Rabb



You Might Also Like

1 Komen