kerinduan

dunia bergerak bagaikan reroda yang tidak pernah berhenti.  masa bergerak juga tidak pernah kasihankan manusia.  pantas bergerak, laju sel...

dunia bergerak bagaikan reroda yang tidak pernah berhenti. 
masa bergerak juga tidak pernah kasihankan manusia. 
pantas bergerak, laju selajunya, sedar-sedar peralihan angin  monsun sudah pun tiba
kekadang aku cuba untuk mengejar masa, namun tidak pernah terkejar.
menjadi alpa, bukan salah masa, bukan juga salah sesiapa. yang pasti salah diri sendiri.

menjengah minggu ulangkaji ini, membuatkan aku terasa seperti berada di syurga dunia.
dibuai dengan keasyikan 'honyemoon' tanpa sempat menyelak barang satu dua buku.
namun minggu ini lah yang paling aku nantikan. 
minggu yang penuh dengan agenda-agenda memanjakan diri.
terasa lupa bahawa minggu hadapan exam kembali menjengah .
tapi secara peribadi, semangat itu belum lagi hadir,
selalunya pun begitu, semangat akan hadir tatkala keadaa mendesak,
bermakna, lusa mahu masuk dewan, malam ini baru mengumpul nota.
masya Allah. minta perasaan itu cepat hadir moga keinsafan cepat mengetuk rantai hati. 

tentang exam, tidak mengapa, biarlah kita tutup dahulu cerita itu.
selagi aku tahu kemampuan aku, maka aku tahu dimana perlu aku mulakan.
minggu lepas, blog telah diupdated dengan cerita-cerita menarik sewaktu 
projek rakyat di bentong Pahang, tetapi rezeki tiada, aku terdelete keseluruhan entry, makanya, 
kerana sudah malas menaip semula aku gantikan dengan gambar sehaja. 
moga pembaca, mengerti. ya, mengerti. 

berbicara soal masa, kini telah genap 6 bulan aku menyandang jawatan Yang Dipertua Desasiswa.
perubahan demi perubahan aku lakukan sebaik mungkin.
supaya apabila ditanya di Padang Masyar kelak, lidah ku tidak kelu
menjawab soalan tentang amanah yang aku pikul.
aku takut, takut dengan siksaan tuhan yang maha Kuasa. 
kerana itu, segala soal hati aku ketepikan dahulu
sehingga ada yang terkecil hati. 

miggu lepas juga, satu majlis telah diadakan
majlis REUNION MPDT daripada sidang 10-13.
menggabungkan senior2 dari sidang 2010 hinggalah exco2 sidang 12/13
perasaan bercampur baur antara seronok dan terharu
seronok kerana majlis berjalan dengan lancar
terharu apabila dapat mendamaikan dua hati yang pernah berderai 
dan mempertemukan dua jiwa yang tidak pernah bertemu
moga ikatan dan ukhwah ini berterusan hingga ke jannah. amin.

sekarang ini aku tidak sabar menanti saat pulang ke rumah
sudah 6 bulan tidak balik
tipu jika kata tidak rindu
aku rindu shashaka inokreat ku
aku rindu peti peti ais ku yang terletak elok disisi sudut dapur rumah
aku rindu acuan acuan yang menjadi penentu rezekiku
aku rindu mahu memeluk cium pipi tua ibu dan ayah
aku rindu mahu membebel kepada adik bongsuku
aku rindu mahu bercekau dengan satu satunya abang kandungku
aku rindu mahu memijak karpet polka dot di ruang tamu
aku rindu mahu memakan masakan ibu terutama masak lemak dan asam pedas
aku rindu mahu menghidu asap rokok ayah
aku rindu untuk mencium udara kuala lumpur
aku rindu mahu mengurut belakang ayah
aku rindu untuk mengambilkan ubatan ayah yang begitu banyak
aku rindu mahu berkongsi cerita dengan mak 
aku rindu mahu memicit punat punat tv untuk menonton cerekarama
aku rindu dengan kesibukan wakdol
aku rindu segalanya..

mohon diberi kesempatan untuk melunaskan kerinduan. amin 

You Might Also Like

0 Komen