buat masa ini

saat tangan menaip, mulut juga memuncung meniup habuk yang tebalnya sudah mencapai berinci-inci. rasa bersalah pada setiap followers yang t...

saat tangan menaip, mulut juga memuncung meniup habuk yang tebalnya sudah mencapai berinci-inci. rasa bersalah pada setiap followers yang tidak henti-henti menjenguk blog ini, ada juga dua tiga orang kawan yang seringkali mengingati aku, dengan dialog,


'weh, YB ko bila nak updated blog hah. tension aku!' 



ada juga kawan yang PM



'untunglah dah jadi orang sibuk sekarang sampai taknak updated blog..



maaf, hujung rerambut hinggalah hujung jejari kaki. ia, mungkin kekangan masa itu adalah antara alasan yang paling lapuk sekali. setiap orang dikurniakan dengan 24 jam sehari, tapi takkan nak salahkan jam mahupun masa. alasannya, aku tidak ada alasan yang kukuh untuk menerangkan tentang perkara itu.. *sign. 
mencoret, memerhati, merasa, menilai membuatkan aku terasa diri aku semakin jauh dihanyutkan dengan kesibukan urusan Universiti. yang paling ketara adalah apabila aku merasakan bahawa kehidupan aku semakin sibuk, ia semakin sibuk, tetapi tidak menghimpit mahupun menyusahkan aku. malah aku merelakan daripada aku sibuk memikirkan tentang apa-apa yang lansung tidak bermanfaat, lebih baik aku fokuskan seantero hidup ku dengan kesibukan menguruskan kehidupan universiti.



kepadatan kehidupan seharian aku bermula sejak bulan puasa lagi, seusai sahaja exam semester kedua, aku terus panjangkan kakiku ke kampung halaman, oups tidak bukan kampung tapi bandar halaman, almaklumlah duduk pun di kuala lumpur, mana datang nya kampung, ia dak? rasa nak menangis balik ke rumah, setelah 6 bulan tidak balik.. ia, saya tahu masih ramai lagi yang lebih lama tidak balik ke rumah, tapi Demi Allah rasa sebak sangat bila dapat balik ke rumah, melihat wajah mak dan ayah, adik beradik rasa sangat tenang. keesokkan harinya, rutin bermula lagi, dengan kepakaran yang ada, aku terus bekerja dengan abang long dan kak long, non stop working disamping menguruskan syarikat aku. aku lupa tentang tujuan utama aku pulang ke rumah. nasib dikurniakan dengan kedua orang tua yang memahami. 



3 minggu di rumah, aku perlu balik semula ke Penang, jadi cuti selama 2 bulan setengah, hanya mampu aku spend selama 3 minggu itu pun, non stop working. pulang ke Penang atas tuntutan sebagai Ketua Jabatan bagi jabatan perasmian dan protokol untuk ConvEx '12. salah satu daripada aktiviti mega universiti, aku berasa bangga dengan tanggungjawab baru ini. melalui pengalam yang lepas, aku mantakan team, dan persiapan pun bermula. sebulan berada di Penang, aku berangkat semula ke Bandar halamanku, untuk pulang cuti hari raya Aildilfitri. sebenarnya, setiap tahun pun aku akan beraya di Baling, Kedah, boleh sahaja kalau aku nak balik Kedah terus dari penang tapi aku nak la juga merasa berpuasa dengan kedua orang tua ku di Kuala Lumpur,maka sempatlah aku berpuasa selama seminggu di K.L. 3 hari sebelum raya. kami satu keluarga balik ke baling, beraya di sana. seperti biasa, ia merupakan hari yang seronok apabila dapat berkumpul adik beradik, sepupu sepapat dan saling bertanya khabar antara satu sama lain. alhamdulilah 



raya ke-3 aku terpaksa pulang semula ke Penang untuk handle program Pembimbing Siswa Lestari. program ini untuk menjadi guide kepada pelajar tahun pertama yang masuk USM. sebelum kemasukan kami semua dihantar ke kem team building di BTN. di sana kami mengenali antara satu sama lain. ouh lupa pulak singkatan bagi kami adalah PPSL. 3 hari 2 malam kami didedahkan dengan bermacam perkara termasuk keadaan dan isu semasa di universiti, kerenah-kerenah adik adik yang baru masuk dan sebagainya. pulang sahaja daripada program itu, kami terus dipecahkan kepada setiap Desasiswa, dan seperti biasa aku akan incharge Desasiswa aku iaitu Desasiswa Tekun sebagai penghulu Desa. hari pertama berkenalan dengan hampir 500 orang student baru daripada desa tekun sangat excited. mereka sangat membanggakan aku, walaupun baru masuk, mereka sangat sporting dan senang untuk dikendalikan. buktinya untuk tahun ini Tekun mengungguli 2 pertandingan utama iaitu Walrobik@ Sorakan terbaik dan juga Malam Variasiswa. bagi aku ia satu permulaan yag bagus untuk Desa. frankly speaking, im very proud of them. no Doubt!



sebenarnya dalam kekalutan aku menguruskan PPSL dalam masa yang sama ConvEx '12 fasa dua telah pun bermula, dan seperti biasa aku menggunakan seluruh sayap dan kepak aku untuk terbang kesana kemari. tidur, memang tak pernah dan takkan cukup. ada satu hari tuh, aku dah terbangun lewat, mandi pun tak aku terus gosok gigi, sarung baju dan turun untuk handle pelajar baru, nasib baik tak terkantoi. hehe. dalam convex aku uruskan majlis perasmian yang di hadiri oleh Tuanku canselor, protokol mesti kena tip top, alhamdulilah, majlis perasmian berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal.. namun seluruh team kami kerahkan untuk membuat yang terbaik. 



belum habis minggu convex muncul pula PRK iaitu pilahan raya kampus, bercakap soal pilihan raya kampus, macam-macam yang timbul, provokasi, yang tidak pernah nampak muka kat aktuviti U pun jadi calon umum dan sebagainya, namum atas keprofesionalism, walau kami di parti yang mana sekalipun, habis je PRK semua pun jadi kawan balik. cuma yang banganya nak bagitahu ASPIRASI menang TSUNAMI di USM. alhamdulilah.. 



minggu tu juga, aku involve dengan program PIMPIN SISWA, menjadi fasilitator di Kem  Cinta Alam Kelimat, sg siput. daripada 3 siri aku hanya berpeluang mengikuti 1 siri sahaja. kerana kesibukan yang teramat sangat. tapi alhamdulilah, adalah sikit pengalaman daripada kem itu. 



dan sekarang semester baru telah pun bermula dengan tanggungjawab baru sebagai Yang Dipertua Majlis penghuni Desasiswa Tekun, aku mengorak langkah baru untuk lebih berani memikul komitmen baru. bukan itu sahaja disebabkan sekarang ini guru-guru wajib mengambil unit beruniform, maka sekarang ini ditambah lagi dengan ketua komanden Vad 7. kadang kala penat menguasai diri, tapi nhati cepat beristighfar agar dijauhkan dengan segala hasutan syaitan. insya Allah, Allah itu maha Adil, tidak akan pernah menyusahkan hambanya, 



sekian sahaja buat masa ini.

x

You Might Also Like

0 Komen