Insya Allah

sekarang tepat menunjukkan jam 1:11 am. hari jumaat bersamaan dengan 10hb Mac 2012. aku dihadapan laptop acer ku. yang ku beli kira kira set...

sekarang tepat menunjukkan jam 1:11 am. hari jumaat bersamaan dengan 10hb Mac 2012.

aku dihadapan laptop acer ku. yang ku beli kira kira setahun yang lalu. mencoret setiap cerita yang aku kira bagus untuk aku coretkan di muka muka diari digital ini. alhamdulilah. bersyukur pada Allah, masih diberi peluang untuk hidup, menghirup nafas segar di bumi yang semakin tua ini.

saat ini fikiran ku begitu kuat mengenang kan orang tua yang berada jauh di kuala lumpur. rindu mencengkam dada. aku semakin sesak, kadang kala sebak memikirkan mereka di sana. sudah makan kah, sihatkah, gout di kaki ayah sudah semakin surut kah? kalau diberi pilihan susah untuk aku berjauhan dengan mereka. walau sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama semenjak umur 13 tahun berjauhan membuatkan hati aku terasa sedih. semoga ayah dan mak sentiasa mendapat keberkatan dan dirahmati Allah...

kehidupan di USM semakin menyeronokkan walaupun kiri dan kanan sentiasa dihambat dan dikejar dengan segala macam tugasan. bermula dengan tugasan kuliah yang bertimbun, ditambah dengan tugasan Desa yang semakin mencabar, course work dan jadual yang tidak kenal erti simpati membuatkan aku setengah mati mengejar death line.

berkenaan dengan tempat dataran usahawan yang aku fight untuk dapatkan, alhamdulilah, mungkin rezeki berada di tempat lain. saingan yang hebat dari pelajar yang lain, mengajar aku untuk berasa lapang dada dengan segala ketentuannya. walau tidak mendapat tempat di situ, aku tidak akan biarkan cita cita ku terkubur begitu sahaja. perancangan untuk stage seterusnya telah dirangka. insya Allah sekali lagi aku percaya pada rezeki Allah..

saban waktu, aku semakin muak dengan status status di muka buku tentang 'kisah' percintaan monyet remaja remaja sekarang. tidak mengertikah mereka bahawa di usia seperti ini bukan masa untuk bercinta selain perlu mengejar cita cita?. atau aku yang semakin tua dan semakin ketinggalan zaman untuk memahami naluri remaja zaman globalisasi?. cet, sekali lagi aku perlu fikirkan.. bukan bermakna aku membenci cinta kerana hakikatnya aku juga manusia biasa, tetapi jika perlu menggadai jiwa, wang ringgit dan masa yang sepatutnya jiwa itu untuk Tuhan yang satu, wang itu untuk digunakan bagi mengejar cita2, dan masa untuk siapkan assg, rasa rasa wajar ker?...

esok aku akan bertolak ke kelantan untuk SUKAD fasa 3. insya Allah semoga banyak pingat dibawa pulang sidang ini. amin

You Might Also Like

0 Komen