syukur

alhamdulilah, alhamdulilah dan alhamdulilah.... sekali lagi, ucapan syukur yang tidak terhingga buat pencipta yang ESA.. Aidilfitri tahun in...

alhamdulilah, alhamdulilah dan alhamdulilah....
sekali lagi, ucapan syukur yang tidak terhingga buat pencipta yang ESA..
Aidilfitri tahun ini cukup membuatkan aku gembira, segembira burung-burung yang terbang bebas diangkasa raya...
terasa damai apabila pengertian Aidilfitri dapat aku kecapi dengan penuh rasa nikmat..
aku tidak pasti dengan orang lain tapi cukup aku katakan bahawa sengketa lama sudah kembali pulih..
hubungan yang renggang telah berjaya dipulihkan..
mungkin inilah berkat kesabaran dan berkat doa yang tidak putus-putus..
cuma di sini pengajarannya, biar sesusah mana pun kita, jangan cuba ditabur budi oleh orang lain.. kelak bila bersengketa semua pasti diungkit dan dicanang merata..
sekali lagi alhamdulilah... semua nya juga sudah berakhir....

beraya di Kuala Lumpur pada raya pertama, adalah sesuatu yang amat membosankan, kerana tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan.. tapi setidaknya kehadiran kawan-kawan yang datang beraya dirumah dapat melegakan sedikit kebosanan itu.. terima kasih kawan-kawan..

tetapi balik jer ke KEDAH aku dah dapat rasakan bahang keseronokan itu.. dengan riuh rendahnya, dengan sepupu sepapat nya.. dengan lauk pauk nye.. perghh.. sebab itu aku suka balik kedah, selain dapat merelekskan otak, aku juga dapat menambahkan berat badan yang memang dah surut time bulan puasa.. tapi tak banyak pun yang aku tambah, setakat 5 kilo jer..

gambar nanti la aku upload masih tak smpat lagi nak belek semua benda memandangkan baru hari ini dapat line broadband..


You Might Also Like

0 Komen