TERIMA KASIH YA ALLAH

ALHAMDULILAH... ALHAMDULILAH... ALHAMDULILAH... sesungguhnya kehidupan ini adalah amat adil bagi mereka yang mempunyai akal untuk menimbal...

ALHAMDULILAH...
ALHAMDULILAH...
ALHAMDULILAH...

sesungguhnya kehidupan ini adalah amat adil bagi mereka yang mempunyai akal untuk menimbal balik semua keadaan yang melanda kehidupan sendiri. kekurangan yang kita ada jangan jadikan senjata untuk menyalahkan orang lain sebaliknya lebih molek dijadikan sebagai satu ukuran untuk memperbaiki menjadi lebih baik. begitu juga halnya dengan kelebihan yang kita miliki, sewajarnya dikongsi bersama yang lain semoga kelebihan itu akan dapat memperbaiki sisi sisi kehidupan manusia yang penuh dengan kekurangan...

hari ini sudah masuk hari yang kelima belas kita semua sebagai umat islam menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ini. bulan yang paling ditunggu oleh pencinta amal, bulan yang paling ditunggu oleh orang orang yang tamak mengutip pahala. baki lagi 15 hari yang terakhir ini sewajarnya kita menyiapkan diri mencari malam yang dijanjikan Allah pahalanya menyamai pahala kebajikan 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar. hakikatnya yang berlaku seolah-olah pencari malam Lailatul Qadar semakin hari semakin sedikit. saf solat yang pada awalnya penuh sehingga ke luar ruang solat semakin hari semakin surut di penghujung ramadhan ini. masuk hari ke 15, saf hanya tinggal 4 sahaja yang penuh kemudian semakin luak ketika rakaat ke 8 solat tarawikh.. yang tinggal hanyalah golongan golongan tua yang sinonim dengan usia yang lanjut mencari pahala sebelum dijemput menemui tuhan yang satu..

aku semakin keliru, adakah kematian itu hanya akan menjemput orang-orang tua?...

sejak kebelakangan ini aku semakin sebuk menyiapkan segala dokumen yang perlu disediakan untuk dihantar semasa hari pendaftaran ke USM. dokumen-dokumen itu juga perlu disahkan oleh pengetua sekolah. Untung sahaja, bekerja di kantin sekolah. segala urusan menjadi mudah dan lancar. barang-barang keperluan juga aku telah shortlistkan, mana yang patut didahulukan dan dibeli awal telah dibeli termasuk sebuah beg beroda yang aku kira agak besar telah aku beli tadi. berkenaan dengan yuran pegajian yang perlu dilunaskan melalui bank sebelum mendaftar, aku kira bakal disettlekan selepas mendapat gaji bulan ini. baju-baju dan semua pakaian yang aku kira perlu dibeli sedikit juga bakal dibeli setelah duit gaji bulan ini masuk.

setelah aku kira-kira dan hitung, membuat sedikit calculation, rasanya aku mampu menarik nafas lega dan tidak menghadapi masalah kewangan untuk menyiapkan diri memasuki alam Universiti. Untung sahaja aku telah menyediakan payung sebelum hujan. duit simpanan berniaga termasuk duit simpanan gaji membantu aku melunaskan semuanya secara sendiri. masih belum terdesak untuk meminta duit dari ayah dan emak..

berkenaan dengan perniagaan yang bakal aku tinggalkan selama 4 tahun. aku telah siapkan segalanya. tinggal hendak menurunkan perniagaan ini dan diwarisi oleh emak sahaja. sepanjang 4 tahun semua cawangan SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE yang ada di Bandar Tun Razak, Taman Shamelin, Victoria Institution termasuk 2 cawangan yang bakal dimasuki oleh SHASHAKA INOKREAT ENTERPRISE di UIA Gombak dan GMI bangi akan diuruskan oleh mak yang tercinta. sedih dan berat hati untuk aku tinggalkan semua ini setelah 8 bulan aku membanting tulang empat kerat menghdupkan perniagaan yang pada awalnya adalah kosong ini. namun, tidak ada apa yang perlu dikesalkan, suratan dan takdir Allah itu melebihi segalanya. rezeki ada di mana-mana, mungkin rezeki di MINDEN, PULAU PINANG lebih baik berbanding di KUALA LUMPUR. cuma satu yang aku harap dan ku panjatkan doa kepada Allah, semoga perniagaan ini bertambah maju dan mampu dibanggakan oleh anak cucu aku dikemudian hari.. amin....

kini aku hanya bersyukur pada Allah, kurniaanya pada aku dan keluarga adalah rahmat yang paling tidak ternilai harganya.. semoga apabila kejayaan yang bakal aku perolehi dikemudian hari tidak akan membutakan mata aku terhadap pencipta ku yang SATU ini.. TERIMA KASIH YA ALLAH....

You Might Also Like

5 Komen