sahabat..

kalau diberi pilihan antara cinta dan persahabatan mana yang akan menjadi keutamaan?.. dalam soal ini jika belum berada di dalam situasi ‘...

kalau diberi pilihan antara cinta dan persahabatan mana yang akan menjadi keutamaan?..

dalam soal ini jika belum berada di dalam situasi ‘bercinta’ maka ramai yang akan memilih persahabatan, tetapi sebenarnya jika telah bercinta, persahabatan sudah menjadi tidak penting lagi.. itulah manusia..

setiap pertemuan maka di penghujungnya akan tercatat satu titik yang dipanggil perpisahan. Maka sinonim dengan pertemuan adalah perpissahan. Itu adalah rencana sebuah kehidupan yang tiada satu manusia pun yang mampu menafikannya. Hendak tidak hendak akan melaluinya juga. Jikatidak berpisah denngan kematian maka jarak juga mampu memisahkan sebuah pertemuan..

ini bukan entry sepasang gay atau pelaku songsang terhadap pasangannya, tetapi adalah entry tentang ungkapan rasa terima kasih buat sahabat yang banyak menolong dan menghulurkan bantuan tanpa jemu..

Abdullah Imran bin Abdullah Hashim..

tidak sampai 1 jam dari aku menulis entry ini sebenarnya kami baru sahaja ‘beraya’ bersama. Atau bermaafan sesama sendiri kerana masing-masing akan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Memang pada dasarnya menara gading itu masih dalam Malaysia tetapi siapa tahu akan berjumpa lagi atau tidak dikemudian hari.. pejam celik pejam celik sebenanarnya agak lama juga kami berkawan dari ‘upper sixer’ sampailah sekarang. Dia banyak menolong aku, menghantar aku kesana kemari tanpa jemu, walau kadangkala dia memang suka membebel atas motor tapi sebagai seorang pembonceng yang berhemah aku diamkan sahaja.. haha

jika dihitung ditambah ditolak didarab dan dibahagi, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dia.. kalau aku beri wang ringgit pun mungkin tak terbalas. Walau kadangkala kitaorang bergaduh bertekak berselisih pendapat tentang Wak Dol atau apa sahaja, kami tetap kawan..

akhir kata, selamat maju jaya di UNIMAP,.. aku tahu kau ada cita-cita yang tinggi, angan angan yang melangit, tapi biar sampai terrealisasi.. jangan buat kerja separuh jalan, semoga dekan sepanjang sem, insya Allah,kalau panjang umur murah rezeki kita boleh buka bisnes sama-sama dengan kak long.. haha. DIOZ AMIGO!




wajah terbaru si Abdullah Imran
*new hair cut..

You Might Also Like

0 Komen